Berita Auto

Pembayaran RFID di 10 Tol Plaza PLUS Bermula 1 Januari 2020

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan bahawa teknologi RFID Touch ‘n Go akan dilaksanakan di 10 buah plaza tol sistem terbuka di lebuhraya kendaliannya bermula 1 Januari 2020.

Bermula pada tarikh tersebut, transaksi tol menggunakan RFID Touch ‘n Go akan dibuka kepada semua kenderaan persendirian (Kelas 1) yang menggunakan plaza-plaza tol yang menggunakan sistem terbuka di lebuhraya PLUS seperti berikut:-

  • Jitra (Lebuhraya Utara-Selatan)
  • Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
  • Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
  • Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
  • Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan)
  • Perling (Lebuh raya Linkedua)
  • Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua)
  • Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua)

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “Sistem RFID Touch ‘n Go yang menggunakan pelekat khas bercip RFID yang ditampal pada kenderaan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet merupakan pilihan mod pembayaran yang terkini. Ia juga memudahkan pelanggan lebuh raya untuk menambah nilai tol secara atas talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.”

Zakaria menambah mod pembayaran tol yang sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih lagi diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS.

Sementara itu, sistem RFID di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) hanya boleh digunakan untuk Caj Jalan (tag RFID Vehicle Entry Permit) bagi kenderaan Singapura sahaja.

Bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkannya di 130 pusat pemasangan yang disediakan oleh Touch ‘n Go. Maklumat lanjut mengenai pusat-pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid.

Previous post

Volkswagen Bangunkan Robot Pengecas Autonomi

Next post

Proton Serah X70 Kepada Kementerian Kewangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *