Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volkswagen Bangunkan Robot Pengecas Autonomi

Industri automotif sedang dalam peralihan ke arah kenderaan elektrik (EV) namun terdapat satu halangan besar yang perlu diatasi terlebih dahulu iaitu menyediakan infrastruktur pengecasan yang mencukupi dan boleh diakses dengan mudah.

Volkswagen nampaknya mempunyai satu konsep yang bernas untuk mengatasi masalah ini. Syarikat itu, menerusi divisyen Volkswagen Group Components, mengumumkan bahawa ia sedang dalam proses membangunkan robot pengecas yang boleh mengecas EV secara autonomi.

Ini bermaksud pemilik EV tidak lagi perlu mencari stesen pengecas untuk mengecas kenderaan mereka. Menggunakan kamera, pengesan laser dan sensor ultrasonik, robot ini boleh mengesan lokasi kenderaan dan melakukan pengecasan tanpa memerlukan sebarang interaksi daripada manusia.

Menurut Volkswagen, setiap robot boleh membawa beberapa peranti penyimpanan tenaga mudah alih (anggapnya sebagai ‘power bank’) berkapasiti 25 kWh terus kepada kenderaan yang memerlukan pengecasan. Setelah selesai, ia akan beralih ke arah kenderaan lain yang perlu dicas atau pulang ke stesen pengecasan pusat yang terletak di kawasan parkir tersebut.

Robot tersebut menyediakan pengecasan pantas DC sehingga 50 kW, bermakna setiap kenderaan boleh dicas dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, reka bentuk kompak menjadikannya ia sesuai untuk kawasan parkir bawah tanah yang tidak mempunyai infrastruktur pengecasan.

Ini merupakan satu solusi yang mudah dan cepat untuk operator kawasan parkir yang memerlukan fasiliti pengecasan untuk pelanggan mereka. Bagaimanapun, teknologi ini masih dalam fasa pembangunan dan tarikh pelancarannya masih belum diketahui.

Previous post

Maserati Serah 40 SUV Levante Di Malaysia

Next post

Pembayaran RFID di 10 Tol Plaza PLUS Bermula 1 Januari 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *