Berita Auto

Renault Megane R.S. Trophy-R Kereta FWD Terpantas di Suzuka

Tahun ini, Renault nampaknya sibuk memecahkan rekod di seluruh dunia dengan hatchback terbaiknya iaitu Megane R.S. Trophy-R.

Selepas mencatat masa terpantas di litar Nurburgring Nordschleife dan Spa-Francorchamps pada Mei dan Julai lalu, Megane R.S. Trophy-R kini berjaya merampas takhta sebagai jentera pacuan roda hadapan (FWD) terpantas di litar Suzuka dengan catatan masa 2 minit 25.454 saat.

Kereta yang dipandu oleh Laurent Hurgon itu mengalahkan pemegang rekod terdahulu dengan perbezaan masa sebanyak tiga saat.

Seperti Megane R.S. Trophy, Trophy-R turut dikuasakan oleh enjin turbo 1.8-liter dengan 300 PS dan 420 Nm, tetapi model ini mempunyai kelebihan dari segi berat dan juga aerodinamik.

Model ini ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 500 unit untuk pasaran global. 50 daripadanya (sebahagiannya dilengkapi dengan pakej Carbon Ceramic) akan dihantar ke Jepun pada separuh pertama tahun 2020.

Previous post

Bugatti Chiron "Noire" Bukti Hitam itu Menawan

Next post

Permulaan Musim Debut Yang Menggalakkan Formula E Porsche

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *