Berita Auto

Bugatti Chiron “Noire” Bukti Hitam itu Menawan

Awal tahun ini, Bugatti mendedahkan sebuah Type 57 SC Atlantic yang diberi jolokan “La Voiture Noire” yang bermaksud “kereta hitam”.

Kereta klasik yang dihasilkan sebelum Perang Dunia ke-2 itu berjaya menarik perhatian ramai, jadi Bugatti mengambil keputusan untuk menawarkan dua model edisi istimewa Chiron dengan tema yang sama.

Model pertama iaitu Chiron Noire Élégance tampil elegan dengan kemasan gentian karbon hitam menutupi keseluruhan badan, logo ‘Macaron’ di tengah-tengah gril radiator dan angkup brek berwarna hitam di sebalik rim ‘Caractere’ baharu.

Bukan itu sahaja, garisan C yang diperbuat daripada logam, serta cermin sisi dan penutup enjin dalam kemasan karbon dan aluminium melengkapkan imej model ini.

Sementara itu, Chiron Noire Sportive pula tampil dengan kemasan matte pada badannya. Ini dipadankan dengan garisan C, rim, spoiler hadapan, gril radiator serta muncung ekzos yang hadir dalam warna yang sama.

Ruang dalaman Noire Sportive ini adalah yang paling gelap di antara kedua-dua model edisi istimewa ini butang, stereng, konsol tengah dan pemegang pintu berwarna hitam matte.

Di bawah hud, Chiron Noire Élégance dan Noire Sportive hadir dengan enjin 8.0-liter 16 silinder yang menjana 1,500 hp dan 1,600 Nm. Pengeluaran model istimewa ini dihadkan kepada 20 unit sahaja dengan harga bermula 3 juta Euro.

Previous post

51% Rakyat Malaysia Sanggup Tidak Memiliki Kereta

Next post

Renault Megane R.S. Trophy-R Kereta FWD Terpantas di Suzuka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *