Penyelenggaraan

Penasihat Perkhidmatan, Penjaga Get Kebankrapan Automotif

Kami yakin ramai yang membaca artikel ini ada pengalaman tersendiri.

After sales

14-15 tahun kebelakangan ini kita telah melihat bengkel kereta francais berkembang menjadi pusat penyelenggaraan profesional yang mempunyai sistem tier. Sebelum 14-15 tahun yang lalu, anda membeli sebuah kereta baru, anda pergi ke pusat perkhidmatan yang diberi kuasa untuk menempah temu janji, seorang mekanik ditugaskan kepada ‘kes’ anda dan dia mengendalikan kes anda dan menyerahkan kunci kembali kepada anda. Agak seperti apa yang anda akan alami sehingga hari ini di bengkel kereta kejiranan anda.

Lama kelamaan anda akan kenal dan rapat dengan mekanik itu, anda ada nombor telefonnya, anda tahu jika dia dah kahwin ke belum dan mungkin pernah makan tengahari atau mengopi dengan anda beberapa kali.

Zaman sekarang kita ada sistem tier. Bengkel francais telah menambah lapisan baru di antara pemilik kereta dan mekanik. Orang ini membawa pangkat ‘Penasihat Perkhidmatan’ (SA). Paling dikenali sebagai ‘penjaga get’ untuk pengalaman pemilikan kereta anda.

Pengalaman ringkas saya dengan beberapa SA jenama kereta yang berbeza sejak bertahun-tahun telah mendorong saya untuk mempercayai bahawa fungsi kerja mereka ini telah dibuat untuk menghentikan pemilik kereta dari bersahabat dengan mekanik dan mempunyai mekanik khusus untuk kereta mereka setiap kali mereka masuk .

SA, sebahagian besarnya, tidak pernah terlatih secara teknikal. Mereka lebih merupakan orang PR yang mengendalikan aduan anda dan status pekerjaan mereka hanya tahan dari 1-2 tahun dan tidak lebih dari itu. Jadi kenapa ramai tak kekal lama sebagi SA.

Mereka adalah ‘beg penumbuk’ bagi pelanggan yang tidak puas hati yang merupakan fenomena yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini (bukan hanya Malaysia).

SEMUA jenama kereta mempunyai masalah lepas jualan sekarang. Artikel kami baru-baru ini yang menonjolkan isu-isu dengan bengkel, waranti dan selepas jualan semuanya memberi kami maklumat daripada para pembaca yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan hampir semua jenama kereta yang dijual di Malaysia (hanya jenama jumlah kecil dan jenama super mewah mendapat sedikit aduan) . 

Malah jenama ‘automotif’ yang dulunya dipercayai dan dengan lepas jualan yang ‘terbaik’ mempunyai isu yang telah dikongsi bersama kami.

Hari ini, rata-rata SA tidak bertahan kerana mereka tidak boleh tahan kerana asyik ‘kena’ sahaja daripada pelanggan dan ianya pekerjaan yang tidak ada terima-kasih apabila jenama automotif selalu bermasalah dengan model-model yang sering rosak.

Nampak gayanya tidak ada penyelesaian buat masa ini dan bengkel kereta kejiranan akan terus bertahan kerana bengkel kereta baharu mengagalkan pelanggan mereka.

Kami ada sebut tentang ‘Muflis Otomotif’ kerana ada sebab. Sesetengah pemilik kereta mempunyai kereta yang berulang kali pergi ke bengkel untuk dibaiki dan sementara itu, mereka masih kena bayar ansuran bulanan dan selepas terlalu banyak masalah cuba nmenjual kereta mereka yang berusia 1-3 tahun dengan kerugian besar kerana pasaran sudah tahu model itu model bermasalah (terima kasih kepada facebook dan media sosial) jadi, untuk pemilik kereta kelas pertengahan kerugian ini boleh menjadi beban kewangan kepada mereka untuk bertahun-tahun lamanya.

Kerugian duit dengan jualan ‘LEMON CAR’ bermakna meminjam berlebihan untuk menyelesaikan pinjaman Lemon Car yang tertunggak dan perlu membayar bayaran deposit untuk kereta baru.

Adakah jenama kereta akan memperbaiki semua isu ini dan kembalikan senyuman kepada wajah pemilik kereta? Well, ia adalah satu tugas yang sukar untuk dibetulkan dan mungkin tidak akann berlaku sepanjang hayat automotif saya.

Previous post

Mercedes-AMG Mengusik Kita Dengan Sedan Paling Berkuasa Mereka

Next post

Kit Badan Liberty Walk Ini Berharga Lebih RM300,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *