Berita Auto

Kit Badan Liberty Walk Ini Berharga Lebih RM300,000

Pejam celik, pejam celik rupanya Nissan GT-R sudah mencapai usia 13 tahun. Tetapi walaupun mempunyai prestasi yang mampu membuatkan mana-mana supercar kecut perut, reka bentuk jentera yang digelar sebagai ‘Godzilla’ ini tidak banyak berubah.

Sudah tentu, cara yang paling mudah untuk menaikkan seri jentera adalah dengan mendapatkan kit badan. Namun soalnya berapa banyak wang yang anda sanggup leburkan bagi tujuan tersebut?

Jika anda tidak kisah mengeluarkan belanja berjumlah $73,750 (RM301,814), kit badan lebar yang dihasilkan oleh Liberty Walk ini mungkin boleh dipertimbangkan.

Ya, harga tersebut memang tidak masuk akal tetapi apa yang anda akan dapat adalah barisan komponen ‘dry carbon’ yang dijamin mampu membuatkan GT-R anda kelihatan lebih ganas. Reka bentuknya yang unik juga akan memberikan penampilan yang lebih menonjol di jalan raya.

Kit badan ini merangkumi bampar hadapan, diffuser dan canard hadapan, bampar belakang, diffuser belakang, fender hadapan dan belakang, skirt sisi, bonet, but serta spoiler.

Jika kit ini terlalu mahal, Liberty Walk juga menawarkan versi yang diperbuat daripada plastik bertetulang gentian (FRP) dan plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) pada harga yang lebih murah.

Previous post

Penasihat Perkhidmatan, Penjaga Get Kebankrapan Automotif

Next post

Filem Adegan Kejar Mengejar Kereta Terbaik 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *