Berita Auto

Ekspedisi ‘The Last Overland’ Capai Matlamatnya Dalam 112 Hari

First Overland (dulu dipanggil The Oxford & Cambridge Far Eastern Expedition) adalah ekspidisi perjalanan 10,000 batu dari London ke Singapura pada tahun 1955/1956 dengan dua Land Rover Series 1. Satu diberi nama Oxford kerana 3 anggotanya adalah dari Universiti Oxford dan yang lagi satu diberi nama Cambridge kerana 3 anggotanya pula adalah dari Universiti Cambridge.

Mereka bermula dari Hyde Park di London, pada 1 September 1955 dan tiba di  Singapura pada 6 March 1956, perjalanan yang mengambil masa 6 bulan dan 6 hari.

64 tahun kemudian salah seorang dari anggota expidisi pertama itu, Tim Slessor yang kini berumor 87 tahun bersama-sama dengan seorang pembikin filem Alex Bescoby berumor 31 tahun telah bergabung dengan niat untuk membawa Oxford pulang ke London dari Singapura.

Kenapa hanya Oxford? Kerana Cambridge hilang di salah satu ekspidisnya di Timur Tengah dan Oxford dijumpai di lokasi ekspidisi terakhirnya di Ascension Island di mana ianya duduk diam berkarat sebagai reban ayam.

Ekspidisi Last Overland sejauh 16,000 km ini bertolak dari Singapura pada 25 Ogos 2019.

Mereka berada di Kuala Lumpur untuk upacara permulaan oleh Jaguar Land Rover Malaysia pada 26 August 2019 (gambar-gambar kecuali gambar London di bawah) menuju ke Cameron Highland, kemudian ke Pulau Pinang dan Alor Setar sebelum menyeberang masuk ke Thailand, Myanmar, Himalaya Timur-Laut India, Nagaland (tempat First Overland lawati pada 1956), Kachin di India, Burma, Nepal, China, Tibet.

Kemudian ke Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Gohedgostan (Buat lawak. Gohedgostan bukan negara mana-mana).

BTW, Oxford tercabut tayar kiri belakang di Turkmenistan.

Seberang Laut Caspian ke Azerbaijan dan Georgia, Turkey, Hilton Istanbul Bosphorous.

Eastern Europe melalui Bulgaria, Serbia, Hungary dan ke Nitra di Slovakia iaitu kilang Defender baharu.

Eropah barat, seberang Selat Inggeris masuk  Great Britain  pada hari Sabtu 14 December 2019.

Last Overland tamat di situ = 18,000 km, 23 negara, 112 hari (3 bulan 19 hari)

Ahli anggota ekspidisi:

  • Alex Bescoby – Expedition Leader – @abescoby
  • Marcus Allender – Expedition Manager – @marcusallender
  • Thérèse-Marie Becker – Digital Strategy – @climbofreak
  • Nat George – Production Assistant – @natgeorge_
  • Leopold Belanger – Film Director – @leopoldbelanger
  • David Israeli – Film Maker – @adavidisraeli
  • Silverius Purba – Doctor – @silver.purba
  • Larry Leong – Convoy Manager
Pertama dari kanan – Alex Bescoby / ketiga dari kanan – Nate George

Sayang sekali Tim Slessor anggota ekspidisi pertama yang mengilhamkan ekspidisi ini tidak tercapai niatnya untuk memandu Oxford pulang dari Singapura ke London kerana kurang sihat. Cucunya Nate George mengambil alih tempatnya.

Previous post

Honda S2000, Civic Type R EK9 Buat Kemunculan Semula di TAS 2020

Next post

Sumber Inspirasi Art Of Speed - Mooneyes Yokohama Hot Rod and Custom Car Show

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *