Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Sumber Inspirasi Art Of Speed – Mooneyes Yokohama Hot Rod and Custom Car Show

Inilah YOKOHAMA HOT ROD CUSTOM SHOW 2019. Acara tahunan yang berlangsung hanya untuk satu hari, ya, hanya satu hari dan tahun ini ianya jatuh pada 1 Disember (Ahad) di pusat pameran Pacifico Yokohama bersebelahan Waterfront Yokohama.

Mooneyes

Di pameran inilah Asep Ahmad, pejuang kustom kulture di Malaysia, pengasas, Art of Speed Malaysia banyak mengambil idea dan inspirasi untuk Art of Speed Malaysia. Hubungan dan kerjasama Art Of Speed Malaysia dan Mooneyes bermula sejak pameran Art of Speed yang pertama lagi pada tahun 2012.

Di YOKOHAMA HOT ROD CUSTOM SHOW 2019 ini, penggemar kustom dan penalaan Jepun, tua, muda, lelaki dan perempuan, datang siap dengan berpakaian sesuai untuk acara itu.

Orang ramai siap beratur di luar mau pun di sekitar dewan. Kami terkejut. Kenapa mereka beratur di dalam dewan?

Mereka berbaris untuk kaunter-kaunter yang berbeza. Terdapat satu barisan panjang untuk kolektibel Hot Wheels, satu lagi barisan panjang untuk kasut edisi terhad Vans, satu lagi barisan panjang merangkak di sekitar dua kawasan hanya untuk syarikat pakaian ‘Tokyo Indians MC’ dan terdapat juga baris panjang yang menunggu untuk membeli pakaian dari kaunter dagangan MOONEYES.

Kami terpegun melihat berbaris-baris orangramai yang panjang beratur untuk membeli barang-barang dan bukan mengambil gambar atau menghabiskan lebih masa melihat mesin klasik kustom, dua dan juga empat roda … ada juga tiga roda.

Inilah pasaran pengguna Jepun. Kami dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beberapa barangan yang dijual adalah produk yang sangat terhad yang akan membawa keuntungan besar bagi kolektor dari seluruh dunia. Ya, ada juga yang dapat margin keuntungan 900% walaupun harga permintaannya sudah tinggi dan beberapa yang lain akan disimpan oleh pembeli selama beberapa bulan apabila harga naik di pasaran antarabangsa dan kemudian mereka akan menjualnya dengan keuntungan sehingga 2,000%.

Ini adalah perniagaan peringkat atas yang berbeza dari yang lain dan pengumpul datang dari seluruh dunia untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan, wang tidak ada masalah.

Sementara itu, kami teruja dengan beberapa kenderaan kustom yang dipamerkan dan ada juga yang tidak masuk akal sama sekali. Ada kenderaan yang hanya untuk pameran dan bukan untuk dipandu.

Terdapat juga peserta dari Indonesia dan China yang membawa beberapa motosikal kustom yang lawa dengan detailing yang cantik dengan karya seni lukisannya dan juga bahagian-bahagian yang ditala.

Dianjurkan oleh MOONEYES Japan, ini adalah pameran kereta & motosikal indoor terbesar di Jepun. Pameran hot rod dan moto kustom ini menarik perhatian bukan sahaja Jepun tetapi seluruh dunia. Di samping itu, pembina dan kenderaan di luar negara yang dihasilkan oleh pembina ini datang ke Jepun sebagai tetamu dan acara itu penuh dengan projek-projek yang menyeronokkan seperti swap meet, band live, dan pertandingan cat yang boleh anda nikmati sepanjang hari.

Nikmati gambar-gambar yang sempat kami rakam dan sila kongsi dengan rakan-rakan seramai mungkin untuk membesarkan lagi pergerakan motosikal & kereta kustom dan kereta retro di Malaysia.

Previous post

Ekspedisi 'The Last Overland' Capai Matlamatnya Dalam 112 Hari

Next post

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kia Optima 2020

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *