Berita Auto

Honda S2000, Civic Type R EK9 Buat Kemunculan Semula di TAS 2020

Tokyo Auto Salon 2020 yang bakal berlangsung pada Januari hadapan akan menyaksikan kemunculan dua model istimewa daripada Honda iaitu S2000 20th Anniversary Prototype dan Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020.

Berasaskan versi AP1, S2000 tersebut hadir dengan pelbagai komponen yang direka mengikut maklum balas pelanggan.

Ia menampilkan warna custom Grand Prix White, rekaan bampar baharu serta kemasan hitam pada bingkai cermin hadapan, cermin sisi, rim Advan RZ2 17 inci dan spoiler belakang.

Selain itu, model roadster ini turut mendapat kerusi berwarna merah serta penutup baharu untuk sistem audio. Aspek mekanikal yang dipertingkatkan adalah sistem suspensi.

Sementara itu, Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 pula adalah Civic Type R EK9 yang telah diubahsuai dengan imej yang lebih moden, sesuai untuk golongan muda pada masa hadapan.

Berdasarkan gambar rasmi yang disiarkan, jentera hatchback itu menampilkan kit badan dan lampu baharu serta rim yang dipinjam daripada Insight.

Previous post

Temujanji Dengan Nissan Skyline 2000 Turbo RS 1983 Di Tokyo

Next post

Ekspedisi 'The Last Overland' Capai Matlamatnya Dalam 112 Hari

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *