Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Dibuka di Gurney Paragon Mall

Tian Siang Premium Auto telah melancarkan dua lagi fasiliti pengecasan BMW i di Gurney Paragon Mall pada hari ini, sekali gus meluaskan rangkaian fasiliti pengecasannya di negara ini.

Dengan fasiliti terbaru ini, BMW Group Malaysia kini mempunyai lebih 20 fasiliti pengecasan di seluruh negara, termasuk di Bangsar Shopping Centre di Kuala Lumpur; The Banjaran Hotsprings Retreat dan WEIL Hotel di Ipoh; Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka; serta CityONE Megamall Kuching.

Portfolio Mobiliti Bervisi milik BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance disokong oleh platform ChargEV melalui usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation.

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC turut memberikan akses ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, di mana pelanggan bolh menikmati bantuan dan akses 24/7 di lebih 270 lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV.

Previous post

Sanggupkah Anda Berbelanja RM2.1 Juta Untuk Sebuah Nissan GT-R?

Next post

Pengeluaran Proton X70 di Tanjung Malim Kini Bermula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *