Berita Auto

Pengeluaran Proton X70 di Tanjung Malim Kini Bermula

Selepas setahun dilancarkan di Malaysia, pemasangan tempatan Proton X70 di kilang baharu Proton di Tanjung Malim telah dimulakan secara rasmi pada hari ini (13 Disember 2019).

Hadir di majlis perasmian ialah YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, An Conghui, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group serta barisan pengurusan kanan Proton.

SUV premium segmen C itu akan dihasilkan di kilang binaan baharu di Tanjung Malim yang dibina dengan kos sebanyak RM1.2 billion.

Bagi memastikan segala bahagian yang diperlukan mencukupi apabila aktiviti pengeluaran SUV pertama tersebut bermula, Proton turut menjalinkan usahasama dengan pembekal-pembekal tempatan dan luar negara.

Menurut Proton, tujuh kerjasama baharu juga telah terbentuk di mana kedua-dua syarikat tempatan dan luar negara berkongsi kecekapan dan sumber pengeluaran.

Antara tawaran lain yang turut dicapai melalui usaha tersebut termasuklah perjanjian teknikal dan pelaburan langsung asing, yang mana telah menghasilkan jumlah pelaburan sebanyak RM263 juta dan 1,084 peluang pekerjaan.

“Melalui pengeluaran Proton X70 di Tanjung Malim, kami telah mengambil langkah besar untuk menonjolkan kebolehan kami kerana itu adalah impian yang kami ingin kecapi buat masa ini.

Kilang baharu ini bukan sahaja akan menghasilkan produk-produk baharu yang akan dibangunkan bersama Geely tetapi ia juga akan berfungsi menjadi pusat pengeluaran bagi model pemanduan sebelah kanan kerana kami akan mula mengeksport ke negara-negara di seluruh dunia,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar.

Previous post

Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Dibuka di Gurney Paragon Mall

Next post

Audi RS5 Coupe Kembali Untuk Mengusik Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *