Berita Auto

Sanggupkah Anda Berbelanja RM2.1 Juta Untuk Sebuah Nissan GT-R?

Nissan GT-R adalah salah satu kereta sport yang paling diminati di seluruh dunia. Pelbagai versi telah dilancarkan sejak pengenalannya pada 2008 tetapi GT23 ini adalah antara yang paling istimewa.

Ini kerana GT23 bukan calang-calang jentera. Dibangunkan oleh JRM Group, model ini menggunakan kereta lumba GT-R GT1 sebagai titik permulaan namun ia telah melalui pelbagai modifikasi bagi menjadikannya ‘road legal’.

Bermula dari luaran, GT23 dilihat mempunyai rekaan hud dan bampar yang berbeza dengan GT-R GT1. Di belakang, kedua-dua jentera kelihatan hampir sama kecuali muncung ekzos berkembar yang keluar dari tengah pada GT23.

Selain panel badan, JRM turut mengubahsuai kedudukan enjin dan transmisi manakala binaan sistem suspensi juga berbeza. Penggunaan komponen ringan secara meluas mengurangkan berat jentera ini kepada 1,275 kg.

GT23 dijana oleh enjin VR38DETT V6 yang menghasilkan 650 hp. Tetapi tidak seperti GT-R lain, kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi berjujukan enam kelajuan. Dengan tayar slick, ia mampu mencapai cengkaman sehingga 2G di selekoh.

Berminat? Anda perlu cepat kerana JRM hanya akan menghasilkan 23 unit GT23 dengan harga bermula £380,000 (RM2.1 juta). Mahal, tetapi harus diingat bahawa ia secara asasnya adalah jentera lumba yang boleh dipandu di jalan raya.

Previous post

Mercedes-Benz GLA Generasi Kedua Didedahkan

Next post

Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Dibuka di Gurney Paragon Mall

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *