Berita Auto

Sebuah SUV Yang Hebat

Proton X70 adalah produk yang baik seperti mana di dalam tinjauan kami pada awal tahun ini dan kami memberikannya 100% thumbs up. Para jurutera Geely telah menghasilkan kenderaan yang baik dengan casis, powertrain, pengendalian, kualiti binaan dalaman serta ciri-ciri adalah setanding dengan mana-mana SUV Jepun atau Korea yang dijual dalam julat harga yang sama.

Proton X70 terus mencatatkan jualan yang cemerlang bagi 10 bulan berturut-turut di mana model tersebut telah mengekalkan kedudukan jualannya yang teratas sebagai SUV premium dan eksekutif.

Berikut, menurut Proton, adalah sebab-sebab mengapa X70 begitu berjaya sekali.

Artikel Rencana Proton

Prestasi mantap, reka bentuk menawan, teknologi terkini, serta turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dan ketahanan terbukti dengan harga yang berpatutan – semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada kejayaan kenderaan penumpang dan SUV premium terlaris di Malaysia pada masa ini. SUV tersebut adalah Proton X70.

Model X70 ini menerima sambutan yang baik ketika ia mula diperkenalkan pada Disember 2018. Penerimaan baik tersebut sekaligus menjadikan SUV itu berjaya mencatat rekod pasaran Malaysia sebagai SUV paling banyak didaftarkan pada bulan sama pelancarannya. Di samping itu, model tersebut berjaya dinobatkan sebagai Kereta Terbaik Malaysia 2019 serta SUV/Crossover Saiz Besar (dua barisan tempat duduk) di Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2019. Berikut adalah sebab-sebab mengapa X70 layak menerima populariti yang dinyatakan ini.

Kecemerlangan yang dijanjikan

PROTON komited untuk bukan sahaja menumpukan pada aktiviti menaik taraf pusat servis sedia ada, malah turut memastikan agar pusat-pusat ini dikendalikan oleh barisan kakitangan yang ramah dan berpengetahuan yang mampu menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang berkualiti kepada para pelanggan berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Syarikat.

Usaha ini dapat dilakukan dengan melaksanakan Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) yang diamalkan oleh Geely. Melalui GCPA, PROTON dan Geely dapat mengenal pasti dan memperbetul sebarang masalah yang berkaitan dengan reka bentuk, kualiti alat ganti dan aspek pembuatan yang berkaitan dengan kereta sebelum ia dihantar ke pusat pameran. Kedua-dua Geely dan Volvo telah melaksanakan GCPA sebagai sebahagian daripada proses pembuatan di kilangnya.

Keputusan GCPA pada X70 adalah sangat jelas – sebuah SUV yang mempunyai kualiti dan kebolehpercayaan tertinggi. Malah, ini juga telah terbukti apabila sembilan unit X70 berjaya menjelajah ke China dan kembali semula dengan menggunakan jalan darat di dalam satu program Malaysia-China Amazing Trip. Penjelajahan tersebut merangkumi perjalanan sejauh 13,000km dan mengambil masa selama 33 hari di mana pemilik-pemilik X70 memandu kereta menggunakan jalan-jalan bandar, lebuh raya antara negeri serta turut melalui jalan yang berbukit tanpa menghadapi sebarang isu teknikal. Sekembalinya mereka, para pemilik X70 berkongsi bahawa hanya penyelenggaraan berkala diperlukan di pusat-pusat servis di sepanjang laluan, seterusnya membuktikan ketahanan SUV premium ini.

Tetap Menjadi Pilihan Utama

Setakat ini, Proton X70 kekal menjadi salah satu daripada produk paling menyerlah PROTON. Lebih 24,000 unit telah diserahkan, menjadikan model SUV segmen C itu sebagai model paling laris di Malaysia. Proton X70 yang kekal menjadi pilihan pembeli itu juga telah membawa PROTON ke kedudukan kedua di pasaran automotif Malaysia.

Kepintaran Tiada Tandingan

Mengapa X70 begitu popular? Pertama sekali, teras utama X70 iaitu Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) adalah permulaan segalanya. Model ini dihasilkan dengan menumpukan pada kepintaran dan konektiviti, di mana sistem GKUI menawarkan pemilik X70 merasai pengalaman pemanduan yang kekal berhubung. Sistem GKUI boleh disambungkan ke rangkaian selular 4G untuk memuat turun dan memaparkan data semasa seperti cuaca dan navigasi.

Tetapi apa yang membuatkan GKUI lebih menarik adalah apabila sistem tersebut dapat memahami arahan suara dan melakukan pelbagai fungsi apabila mendengar kata kunci “Hi PROTON”! Melalui ciri ini, pemilik X70 boleh menggunakannya untuk membuka dan menutup tingkat kereta mereka, menguatkan dan merendahkan volum, memberi tunjuk arah ke pelbagai lokasi, dan banyak lagi. Ya, anda juga boleh mendapatkan bacaan cuaca semasa.

Prestasi yang memberi keterujaan

Proton X70 ini turut dilengkapi dengan prestasi yang memberangsangkan. Model SUV ini dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TGDi yang dikendalikan dengan transmisi automatik 6-kelajuan untuk memberikan kelancaran ketika dipandu di bandar dan dalam pada masa yang sama masih mampu mencapai kelajuan pelayaran di lebuh raya dengan mudah. Melengkapi enjin yang kuat ini adalah sistem suspensi talaan MIRA UK yang menyediakan pengalaman pemanduan selamat, selesa dan dengan NVH yang minima.

Keselamatan yang dipertingkat

Jika anda memandu atau berada di dalam X70, yakinlah bahawa anda berada di salah satu kenderaan paling selamat pada hari ini. Model ini mendapat penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP, dan yang meningkatkan lagi tahap keselamatan sedia ada ialah Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Dengan kelebihan yang ada pada ADAS, X70 akan brek secara automatik jika ia mengesan sebarang kemungkinan perlanggaran di bahagian hadapan, secara automatik mengurangkan kelajuan untuk mengekalkan jarak selamat untuk kereta di hadapan apabila Kawalan Pelayaran Adiptif (ACC) diaktifkan, dan juga memantau persekitaran kereta melalui sistem kamera 360 darjah. Ciri keselamatan lain yang ada pada X70 ini adalah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, yang sentiasa memantau tekanan tayar dan pemandu dapat melihat maklumat tersebut melalui kombinasi meter LCD.

Semua ciri ini turut didatangkan dengan ruang dalaman hebat melalui rekaan hadapan yang halus dengan kombinasi meter LCD, kerusi kulit Nappa yang mewah dan sistem pembersih udara serta bumbung matahari.

Secara ringkasnya, X70 telah mengubah landskap pasaran SUV di Malaysia. Model ini bukan sahaja telah menaikkan jenama PROTON, tetapi ia juga membantu mengubah persepsi orang ramai terhadap PROTON. Dan melalui kerjasama dengan Geely telah membantu menaikkan lagi nama Syarikat di mana kini pembeli berpeluang memandu kereta yang dilengkapi dengan teknologi automotif termaju.

Previous post

Goodyear Di Tokyo Motor Show 2019

Next post

Daihatsu Dan Perodua Akan Terus Menyokong Perodua Malaysia Masters Sehingga 2021

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *