Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Goodyear Di Tokyo Motor Show 2019

Goodyear Tire & Rubber Company mengambil bahagian dalam Tokyo Motor Show ke-46 mempamerkan beberapa tayar terkini mereka. Di gerai Goodyear bertemakan ‘Kebebasan Untuk Bergerak’ Goodyear mempamerkan pendekatannya ke arah mobiliti masa depan, disokong dengan sejarah inovasi, menerusi pameran eksklusif tayar konsep masa depan.

Kereta konsep Lexus EV dilengkapi dengan tayar konsep Goodyear (Global Premiere).

Tayar konsep yang dibangunkan oleh Goodyear untuk kereta konsep Lexus EV adalah di tapak Lexus di Tokyo Motor Show ke-46 2019.

Tayar Goodyear AERO (Jepun Premiere)

Di Geneva International Motor Show tahun 2019 tayar konsep direka untuk kereta terbang masa depan telah dilancarkan.
Berdasarkan konsep “dua-dalam-satu”, tayar ini boleh digunakan di tanah dan di udara.

Tayar Oxygene Goodyear – (Jepun Premiere)

Tayar unik ini mempunyai lumut di sisi dinding dan diperkenalkan di Geneva.

Selain daripada usaha antarabangsa, Goodyear Malaysia juga telah memainkan peranannya untuk mengurangkan impak alam sekitar dalam negara, berikutan pemasangan 6,680 panel solar di pejabat korporat dan kilang pengeluarannya di Shah Alam pada Julai 2019.

Bukan sahaja sistem ini mengurangkan perbelanjaan elektrik, tetapi yang paling penting langkah ini dianggarkan mengurangkan 1,980,433.37 kilogram pelepasan karbon setiap tahun dalam 2 tahun.

Di samping itu, Goodyear Assurance DuraPlus 2 yang baru dilancarkan , yang menampilkan Teknologi TredLife menunjukkan komitmen Goodyear untuk terus memperjuangkan keselamatan di jalan raya. Ini dipamerkan lagi dengan Goodyear sekali lagi dinamakan pembekal tayar rasmi untuk pertandingan seperti perlumbaan Le Mans 24 jam dan Kejohanan Kereta Touring British 2020.

Previous post

Mazda CX-30 Boleh Mula Ditempah - Harga Dari RM144k

Next post

Sebuah SUV Yang Hebat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *