Berita Auto

VOTY 2019//Reka Bentuk Kenderaan – Proton X70

Benar, sebahagian besar daripada reka bentuk Proton X70 diambil terus dari model asasnya iaitu Geely Boyue. Namun untuk menarik perhatian pembeli Malaysia, ketua rekabentuk Proton iaitu Azlan Othman telah ditugaskan untuk memberikan model ini identitinya yang tersendiri dan berdasarkan reaksi orang ramai, kami bersetuju bahawa beliau dan pasukan beliau telah melakukan tugas ini dengan cemerlang.

IMG_5389

Selain menerapkan penggunaan logo harimau, Azlan memberikan X70 ‘wajah baharu’ yang lebih segar menerusi jeriji berbentuk ‘ethereal bow’ yang bersepadu dengan garisan-garisan pada bonet. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai corak ‘infinite weave’ yang diinspirasikan oleh seni ukiran kayu yang sinonim dengan budaya negara kita.

IMG_5215

Perubahan dari segi reka bentuk dan perincian mungkin tidak menyeluruh, namun harus diingat bahawa setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu mendapat kebenaran Geely, selain melalui proses-proses ujian yang rumit. Proton nampaknya telah berjaya menarik perhatian golongan sasar walaupun menghadapi kekangan ini.

Enjin: Turbo empat silinder
Kapasiti: 1,799 cc
Kuasa: 182 hp @ 5,500 rpm
Tork: 285 Nm @ 1,700 rpm
Transmisi: automatik 6 kelajuan
0-100 km/j: 10.5 saat
Kelajuan maksimum: –
Harga: Dari RM99,800 – RM123,800

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

Proton Jenama Kedua Terlaris Bagi April 2019

Next post

VOTY 2019//Trak Pikap - Ford Ranger Raptor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *