Gaya Hidup

Ayuh Tingkatkan Kesedaran Alam Sekitar di BodyMindSoul Festival

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melanjutkan usahanya untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar menerusi siri kempen Nissan Nurtures Nature (NNN) dalam acara BodyMindSoul Festival yang berlangsung di Setia City Convention Centre mulai 29 November hingga 1 Disember 2019.

NNN diperkenalkan tahun lalu dengan tujuan mengumpul para pelanggan dan keluarga mereka, rakan niaga, badan bukan kerajaan serta kakitangan untuk sama-sama mencipta perubahan yang positif dan bermakna buat alam sekitar serta komuniti dengan berpaksikan kepada falsafah 3R: Reduce, Recycle dan Reconnect.

Pada acara tersebut, NNN akan menampilkan satu siri aktiviti mesra alam dan menyeronokkan seperti penanaman herba menggunakan botol plastik kitar semula dan pameran Tire Ottoman yang menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan perabot daripada tayar terpakai. Selain itu, kenderaan 100% elektrik, Nissan LEAF serba baharu juga dipamerkan.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel, persembahan, pertunjukan fesyen, gerai jualan dan peluang memandu uji LEAF serba baharu turut disediakan untuk orang ramai.

Orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut dan maklumat terkini tentang kempen Nissan Nurtures Nature boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantarkan emel ke crd@tanchonggroup.com.

Previous post

Terima Hadiah, Rebat & Penyelengaraan Percuma Dengan Promosi Hujung Tahun Ford

Next post

Anda Pandai Tengok Enjin?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *