Promosi

Terima Hadiah, Rebat & Penyelengaraan Percuma Dengan Promosi Hujung Tahun Ford

Turut ditawarkan, pemeriksaan kenderaan 27- poin secara percuma dan diskaun untuk alat ganti terpilih, minyak enjin dan upah untuk model-model terpilih.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi jualan dan servis untuk sambutan hujung tahun dan perayaan yang bakal menjelang.

Dari 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020, para pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km (yang mana-mana dahulu), hadiah bernilai RM2,000 dan payung golf Ford Performance yang eksklusif. Ranger WildTrak turut didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi ini.

Turut ditawarkan adalah pemeriksaan kenderaan 27- poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah.

Sepanjang kempen, diskaun sehingga 20 peratus juga diberi untuk alat ganti terpilih dan minyak enjin untuk model-model terpilih serta 10 peratus untuk upah bagi pakej-pakej pelincir, brek dan talisawat pemasa (timing belt) untuk model-model terpilih.

Semua pelanggan yang membayar secara tunai dengan perbelanjaan RM350 ke atas dalam satu resit akan menerima set kutleri yang eksklusif. Semua pelanggan penyelenggaraan juga akan menerima paket ‘Ang Pao’ Ford.

Untuk info lanjut, sila layari www.sdacford.com.my   

Previous post

Khairul Nafsha Juarai UD Trucks Extra Mile Challenge Malaysia

Next post

Ayuh Tingkatkan Kesedaran Alam Sekitar di BodyMindSoul Festival

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *