Berita Auto

Michelin Lantik Pengarah Urusan Baharu Untuk Malaysia, Singapura dan Brunei

Michelin telah mengumumkan pelantikan Tushar Gupta sebagai Pengarah Urusan baharu untuk Malaysia, Singapura dan Brunei berkuat kuasa sejak 1 September 2019. Beliau bagi menggantikan Pascal Nouvellon yang dinaikkan pangkat untuk menjawat peranan global di ibu pejabat Michelin di Perancis.

Berbekalkan ijazah perakaunan bertauliah dan MBA dari Sekolah Perniagaan Fuqua, Universiti Duke, Gupta menyertai Michelin Group pada tahun 2010 sebagai Pengurus Pembangunan Korporat untuk Asia Tenggara, Australia dan India.

Pada tahun 2012, beliau memegang jawatan Pengarah Pembangunan Korporat Global di Clermont Ferrand, Perancis. Beliau kemudian menganjak kerjayanya dengan jawatan Pengarah Zon, Michelin Aviation Tyres, Asia Pasifik pada tahun 2016 sehingga Julai tahun ini, di mana beliau telah membawa kejayaan dalam perniagaan tayar pesawat di Asia melalui intervensi strategik, penstrukturan semula dan perkhidmatan pelanggan yang diperkayakan.

“Setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Michelin sejak hampir sedekad, saya berasa teruja dengan peluang yang diberi ini untuk membawa organisasi kami jauh lagi ke hadapan dalam industri automotif dan tayar – terutamanya di Malaysia yang memperlihatkan pasaran kukuh serta penapakan kami yang utuh menerusi jenama-jenama Michelin, BFGoodrich dan TYREPLUS,” ujar Tushar.

“Dengan tanggungjawab yang digalas ini sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, saya berhasrat untuk mengubah pemikiran para pengguna mengenai tayar dan keselamatan jalan raya, di samping memupuk kesetiaan pelanggan-pelanggan tempatan kami ke atas Michelin,” tambah beliau.

Dengan 15 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk kimia, automotif dan penerbangan, Gupta akan memastikan Michelin terus mendukung polisi dan strategi berpaksikan pengguna untuk memperkukuhkan reputasinya sebagai jenama tayar premium yang terunggul, serta memperkayakan lagi pengalaman kepenggunaan yang ditawarkan di rangkaian pengedaran TYREPLUS dan Michelin.

Previous post

BMW i4 Bakal Hadir Dengan 530 hp, Jarak Pemanduan 600 km

Next post

Set Kereta Rali Lego Technic Top Gear Diperkenalkan - RM540

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *