Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW i4 Bakal Hadir Dengan 530 hp, Jarak Pemanduan 600 km

Portfolio kenderaan elektrik BMW yang kini terdiri daripada i3 dan i8 bakal diperkembangkan lagi dengan kehadiran model terbaru iaitu i4 yang akan memasuki pasaran bermula 2021.

BMW i4

Sedan elektrik itu masih berada dalam fasa ujian namun BMW telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai sistem pacuannya.

Menggunakan teknologi eDrive generasi kelima (yang akan turut digunakan pada iX3 dan iNEXT), i4 bakal hadir dengan motor elektrik 530 hp yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam empat saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dikatakan melebihi 200 km/j.

Motor elektrik tersebut dipacu oleh bateri berkapasiti 80 kWh. Menurut BMW, bateri seberat 550 kg itu mempunyai tenaga yang cukup untuk memberikan jarak pemanduan sejauh 600 km.

Untuk pengecasan, i4 mempunyai kapasiti pengecasan mencecah 150 kW, bermakna ia boleh mencapai 80% tenaga dalam masa 35 minit atau dalam erti kata lain, 100 km dalam masa enam minit.

Dari segi rekaan, i4 bakal hadir dengan bentuk yang hampir sama dengan 4 Series Gran Coupe dengan ciri-ciri yang spesifik kepada model BMW i.

Previous post

Aspark Owl - Hypercar Elektrik Jepun Dengan 1,985 HP

Next post

Michelin Lantik Pengarah Urusan Baharu Untuk Malaysia, Singapura dan Brunei

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *