Gaya Hidup

Set Kereta Rali Lego Technic Top Gear Diperkenalkan – RM540

Lego hari ini memperkenalkan set Lego Technic Top Gear pertama yang dihasilkan dengan kerjasama BBC Studios. Ia boleh didapati di pasaran bermula 26 Disember ini dengan harga $129 (RM540).

Lego Technic Top Gear

Kerjasama antara dua syarikat besar itu melahirkan set kereta rali ala Group B dengan spoiler belakang yang besar, lampu sorot bulat pada bampar hadapan serta tayar hadapan dan belakang yang berbeza saiz.

Dibangunkan untuk kanak-kanak berusia 9 tahun ke atas, set ini mengandungi 463 keping Lego. Pelekat yang menarik membuatkan kereta ini kelihatan realistik dan pantas.

Bukan itu sahaja, kereta rali Lego Technic Top Gear ini juga hadir bersama dua motor elektrik bersaiz L dan XL, serta hab pintar Bluetooth bagi membolehkan ia dikawal dari jarak jauh.

Untuk mengawalnya, pemain perlu menggunakan aplikasi telefon pintar Lego Technic Control+ yang menampilkan kawalan multi-sentuh, kawalan gyro, cabaran dan pencapaian serta video. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Previous post

Michelin Lantik Pengarah Urusan Baharu Untuk Malaysia, Singapura dan Brunei

Next post

Auto Bavaria MINI Ride - Acara Hibrid - Basikal - Hibrid Pertama Pernah Dianjurkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *