Berita Auto

Land Rover Defender (2020) Muncul di Frankfurt Motor Show

Setelah sekian lama, Land Rover Defender  2020 serba baharu akhirnya tiba dengan rekaan retro moden serta pelbagai teknologi terkini. Diperkenalkan secara rasmi di Frankfurt Motor Show 2019, model off-road ini ditawarkan dalam versi 90 (dua pintu) dan 110 (empat pintu).

Land Rover Defender

Walaupun tampil dengan rekaan lebih moden, SUV berbentuk kotak ini masih mengekalkan elemen-elemen yang menjadi trademark Defender sejak turun temurun seperti lampu hadapan berbentuk bulat, tingkap ‘skylight’ pada bumbung, serta tailgate engsel menegak lengkap dengan tayar gantian bersaiz penuh.

Land Rover Defender 2020

Masuk ke dalam, Defender baharu menampilkan rekaan yang ringkas dengan penekanan pada aspek praktikaliti. Tombol gear diletakkan pada papan pemuka bagi memberi ruang kepada tempat duduk hadapan ketiga seperti yang terdapat pada model-model terdahulu.

Land Rover Defender 2020

Hasilnya, Defender 110 menawarkan enam hingga tujuh (5+2) tempat duduk dengan tiga barisan tempat duduk manakala Defender 90 pula boleh memuatkan sehingga enam penumpang dengan dua barisan tempat duduk.

Land Rover Defender 2020

Defender dibina di atas platform aluminium D7x yang dikatakan paling tegar pernah dihasilkan oleh Land Rover. Ini memberikannya ruang lega tanah sebesar 291 mm, manakala sudut ‘approach’, ‘breakover’ dan ‘departure’ masing-masing adalah 38, 28 dan 40 darjah. Ia juga mampu meredah air dengan kedalaman maksimum 900 mm.

Land Rover Defender 2020

Bagi enjin pula, Defender bakal ditawarkan dengan pilihan enjin diesel dan petrol seperti berikut:

  • 2.0L D240 AWD Auto (0-100 km/j dalam 9.1 saat, 188 km/j maksimum) 237bhp
  • 2.0L D200 AWD Auto (0-100 km/j dalam 10.3 saat, 175 km/j maksimum) 197bhp
  • 2.0L P300 AWD Auto (0-100 km/j dalam 8.1 saat, 191 km/j maksimum)
  • 3.0L P400 Mild Hybrid AWD Auto (0-100 km/j dalam 6.1 saat, 208 km/j maksimum)

Land Rover Defender 2020

Semua enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda menerusi sistem pacuan semua roda AWD yang mempunyai ‘transfer case’ dua kelajuan (high range dan low range). Turut disertakan adalah sistem Terrain Response 2 dengan pelbagai mod pemanduan termasuk fungsi Auto di mana Defender akan mengesan jenis permukaan dengan sendiri seterusnya mengaktifkan mod yang sesuai.

Land Rover Defender 2020

Selain itu, teknologi ClearSight Ground View membolehkan pemandu melihat kawasan yang terlindung oleh bonet di bahagian bawah hadapan kenderaan menerusi skrin di dalam kabin.

Land Rover Defender 2020

Seperti sebelum ini, Defender ditawarkan dalam pelbagai spesifikasi termasuk standard, First Edition, X, S, SE dan HSE, dengan empat pilihan pakej aksesori iaitu Explorer, Adventure, Country dan Urban.

Land Rover Defender 2020

Bagi pasaran United Kingdom, model ini akan dijual pada harga bermula £40,000 (RM205,956) bagi Defender 90 dan £45,240 (RM232,936) bagi Defender 110.

Previous post

Hyundai i30 N Project C Kaya Dengan Gentian Karbon dan Aluminium

Next post

Ford Mengumumkan Rangkaian Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Di Frankfurt

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *