Berita Auto

Hyundai i30 N Project C Kaya Dengan Gentian Karbon dan Aluminium

Hyundai telah memperkenalkan model hot hatch terbaru mereka iaitu i30 N Project C di Frankfurt Motor Show 2019. Walaupun mempunyai kuasa yang sama dengan i30 N biasa, model ini dikatakan 50 kg lebih ringan terima kasih kepada penggunaan komponen gentian karbon dan aluminium.

Hyundai i30 N Project C

Bermula dari luaran, i30 N Project C didatangkan dengan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada gentian karbon iaitu bonet (7.2 kg lebih ringan), skirt sisi (hampir 1 kg lebih ringan) dan diffuser belakang (386 gram lebih ringan).

2020-hyundai-i30-n-project-c (6)

Menurut Hyundai, pengurangan berat paling signifikan datang daripada rim OZ berukuran 19 inci yang dikatakan 22 kg lebih ringan berbanding rim yang digunakan pada i30 N.

2020-hyundai-i30-n-project-c (5)

Bukan itu sahaja, Hyundai turut menggunakan menggantikan ‘knuckle’ keluli pada gandar belakang dengan unit aluminium dan ini mengurangkan lagi berat sebanyak 4.66 kg. Penggunaan sistem gantungan yang ditala semula secara tidak langsung mengurangkan ketinggian sebanyak 6 mm.

2020-hyundai-i30-n-project-c (3)

Di dalam kabin pula, kerusi standard hadapan diambil alih oleh kerusi bucket keluaran Sabelt yang dioperasikan secara manual. Kerusi tersebut bukan sahaja memberikan tahap sokongan yang lebih tinggi, malah ia juga lebih ringan berbanding kerusi standard dengan perbezaan sebanyak 7.5 kg.

2020-hyundai-i30-n-project-c (4)

Seperti versi standard, enjin turbo 2.0-liter empat silinder pada i30 N Project C menjana 275 PS dan 378 Nm dengan pakej Performance. Hyundai tidak mendedahkan data prestasi model ini, namun kami pasti ia sedikit laju berbanding versi standard.

2020-hyundai-i30-n-project-c (2)

i30 N Project C dibangunkan dan diuji di pusat R&D Hyundai di Namyang dan juga di litar Nurburgring. Pengeluarannya akan dihadkan kepada 600 unit untuk pasaran Eropah sahaja.

Previous post

Shell Malaysia Lancar Rimula Ultra 5W30

Next post

Land Rover Defender (2020) Muncul di Frankfurt Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *