Motosikal / Lain Lain Roda

4 Sebab Mengapa Kebanyakan Skuter Dan Kapcai Tidak Ada Beg Udara

Kemalangan maut semakin meningkat dan penunggang skuter dan kapcai perlu lebih berhati-hati di jalan raya.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Tahukah anda bahawa sudah ada beberapa pengeluar skuter / motosikal yang telah memasang beg udara di dalam kenderaan 2 roda mereka. Pada tahun 2006 Yamaha mengembangkan sistem beg udara untuk kenderaan penyelidikan ASV-3 mereka, skuter berdasarkan Maxam 250. (ASV – Advanced Safety Vehicle). Pada tahun yang sama, Honda memasang beg udara dalam motorsikal Goldwing mereka.

motorcycle airbags motorcycle airbags 2 Honda Goldwing Airbag

Beberapa tahun kemudian, sistem beg udara ini menjadi ciri pada skuter besar mereka. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang bimbang tentang peningkatan kos pemilikan kereta, peningkatan kos penyelenggaraan, insurans dan bahan bakar, skuter / kapcai adalah pilihan yang menarik. Saya sendiri penunggang Kapcai / Vespa.

motorcycle airbags 3vespa airbags 6vespa airbags 5

Berikut adalah 4 sebab yang kami telah selidik tentang mengapa beg udara untuk motisikal tidak akan menjadi:

  1. Ia belum lagi menjadi ciri perintah mandatori oleh jabatan pengangkutan jalan di mana-mana negara.
  2. Ia menambah kos kepada harga skuter / kapchai sebanyak RM5,000. Apabila kapchai boleh dibeli dengan harga kurang daripada RM4,000, ia tidak akan memberi kesan ekonomi kepada golongan berpendapatan rendah.
  3.  Pengembungan beg udara dalam keadaan yang tidak diingini atau tak sengaja boleh membuang penunggang skuter / kapcai kerana penunggang tidak menggunakan tali pinggang keledar.
  4. Tidak ada tempat memasang sistem beg udara pada skuter / kapcai kerana ruang yang terhad. Itulah sebabnya anda melihat sistem beg udara motosikal dipasang hanya pada motorsikal pengembaraan dan kruiser besar sahaja.

Bagi penunggang skuter / kapcai  terdapat beberapa perkara asas lain yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemalangan. Ia bermula dengan brek yang baik, tayar yang baik, pengendalian yang baik, maklum balas yang baik, susun atur kedudukan penunggang yang baik dan yang paling mustahak – latihan. Berlatih menunggang dengan betul ditempat yang selamat. Cara mengambil selekoh, membrek, mengelak, berhenti dan banyak lagi.

vespa airbags 2 vespa airbags 3 vespa airbags 4

Previous post

Land Rover Defender Mungkin Dijual Dengan Harga RM480,000 Di Malaysia

Next post

Senarai Harga Honda Malaysia 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *