Senarai Harga

Senarai Harga Honda Malaysia 2019

Harga berikut diambil dari laman web rasmi Honda Malaysia. Ianya adalah harga On-The-Road (OTR) tanpa insuran bagi model yang dijual di Semenanjung Malaysia.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Jazz

  • 1.5L S – RM70,242
  • 1.5L E – RM76,316
  • 1.5L V – RM83,633
  • 1.5L Mugen – RM88,600
  • 1.5L Hybrid – RM87,707
senarai harga honda 2

City

  • 1.5L S – RM73,836
  • 1.5L SE – RM75,955
  • 1.5L E – RM79,955
  • 1.5L V – RM86,983
  • 1.5L Hybrid – RM92,172
senarai harga honda 3

BR-V

  • 1.5L E – RM80,989
  • 1.5L SE – RM87,701
  • 1.5L V – RM90,700
senarai harga honda 4

HR-V

  • 1.8L E – RM108,800
  • 1.8L V – RM118,800
  • 1.8L Hybrid – RM120,800
  • 1.8L RS – RM124,800
senarai harga honda 5

Civic

  • 1.8 S – RM108,165
  • 1.5 TC – RM120,855
  • 1.5 TC-P – RM128,631
senarai harga honda 6

CR-V

  • 2.0 2WD – RM138,308
  • 1.5 TC 2WD – RM150,992
  • 1.5 TC 2WD Mugen – RM152,900
  • 1.5 TC 4WD – RM156,732
  • 1.5 TC-P 2WD – RM163,191
senarai harga honda 7

Accord

  • 2.0 VTI-L – RM148,512
  • 2.4 VTI-L Advance – RM165,998
senarai harga honda 8

Odyssey

  • 2.4L EXV – RM258,896
senarai harga honda 9

Civic Type R

  • POA
senarai harga honda 10

Kini Dalam Versi Hybrid – Honda CR-V Facelift

Honda CR-V versi facelift telah didedahkan secara rasmi di Amerika Syarikat. Bagi pasaran itu, varian 2.0 disingkirkan manakala varian Hybrid baharu diperkenalkan di samping varian 1.5 Turbo yang ditawarkan secara standard.

Honda CR-V facelift USA

Varian Hybrid menampilkan rangkaian kuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dengan gabungan enjin petrol 2.0-liter empat silinder dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 212 hp. Transmisi nisbah tunggal ditugaskan untuk menghantar kuasa ke roda.

2020-honda-cr-v-hybrid

Penampilan CR-V kini lebih menonjol dengan reka bentuk jeriji baharu dan kemasan krom pada bahagian bampar hadapan dan belakang. Di belakang, lampu dan trim krom digelapkan sekaligus memberikan imej yang lebih sporty.

2020-honda-cr-v-hybrid (1)

Selain itu, Honda turut memperkenalkan tiga warna baharu untuk CR-V facelift iaitu Sonic Grey Pearl dan Radiant Red Metallic bagi varian standard dan Hybrid, serta Aegean Blue Metallic eksklusif untuk varian bukan hibrid.

2020-honda-cr-v-hybrid (5)

Reka bentuk konsol tengah diperkemaskan dan kini mempunyai lebih banyak ruang penyimpanan. Apa yang paling jelas adalah kehadiran butang pemilih gear bagi varian Hybrid serta tiga suis untuk mod Econ, Sport dan EV.

2020-honda-cr-v-hybrid (3)

Instrumen panelnya tersendiri yang mempunyai status kuasa dan cas, serta paparan pengagihan dan penjanaan semula kuasa. Turut disertakan adalah pedal nyahpecut pada stereng. Dengan menekan pedal kiri, pemandu boleh meningkatkan jumlah brek janaan semula daripada sistem hibrid apabila kereta semakin perlahan.

2020-honda-cr-v-hybrid (2)

CR-V juga boleh didapati dengan pengecas wayarles Qi (versi Touring sahaja), skrin sentuh tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem navigasi satelit, Remote Engine Start, sistem pendingin hawa dua zon, brek parkir elektrik, port pengecas USB belakang, fungsi pelarasan kuasa empat cara pada kerusi penumpang hadapan dan pelarasan kuasa lapan cara pada kerusi pemandu serta fungsi pemanas tempat duduk.

2020-honda-cr-v-hybrid (4)

Dari segi keselamatan, semua varian kini didatangkan dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW) dan pengesanan pejalan kaki
  • Road Departure Mitigation (RDM) dengan Lane Departure Warning (LDW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keeping Assist (LKAS)
  • Blind Spot Information (BSI), Rear Cross Traffic Monitor (CTM) dan Auto High Beam

Ciri tambahan adalah Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) yang direka untuk meningkatkan kesedaran kepada pejalan kaki apabila kenderaan sedang bergerak dalam mod kuasa elektrik. Sistem ini menggunakan pembesar suara pada bampar hadapan yang akan mengeluarkan bunyi amaran.

2020-honda-cr-v (1)

 

Previous post

4 Sebab Mengapa Kebanyakan Skuter Dan Kapcai Tidak Ada Beg Udara

Next post

Senarai Harga Kereta Perodua [2019]

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *