Bisnes

Rilek! Hanya Satu Kesilapan! Jangan Melenting!

Beberapa hari lalu, ada imej bendera Jalur Gemilang yang diterbangkan terbalik di media sosial. Yang ini di luar Peniaga UMW Toyota rasmi, dan menurut kenyataan dari syarikat itu, ianya satu kesilapan yang ikhlas.

Malah, mereka terus mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang nampak dan memberitahu mereka mengenai kesilapan itu.

Tindakan serius telah diambil untuk mencegah kejadian seperti itu berlaku lagi.

Kesilapan-kesilapan seperti ini sering berlaku dari semasa ke semasa. Ianya dianggap mulia apabila prinsipal sesebuah syarikat mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan peniaga mereka. Tidak semua jenama kereta mempunyai keyakinan diri seperti ini.

UMW-Toyota-2

Kami tahu sekarang banyak perkara seperti ini menular di media sosial. Video pun banyak. Macam-macam.  Apa yang di media sosial janganlah kita telan bulat-bulat. Soal siasat dulu. Banyak individu atau pihak yang menggunakan media sosial untuk kepentingan agenda mereka sendiri. Jadi jangan percaya. Jangan terpedaya. Sekarang semua boleh diwayangkan oleh sesiapa pun.

Ini kenyataan media rasmi dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)

UMW-Toyota-3

 

Previous post

Perodua Axia 2019 Kini Boleh Ditempah

Next post

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Tukar Salah Seorang Bossnya

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>