Bisnes

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Tukar Salah Seorang Bossnya

VPCM menggantikan Florian Steiner dengan Kurt Leitner sebagai Pengarah Urusan yang baharu.

Seorang lagi Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter masih ada. Florian Steiner dikatakan akan dipindahkan ke Eropah.

Kurt Leitner bukan saja Pengarah Urusan Malaysia tetapi juga dipertanggungjawabkan mengurus Singapura.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

 
Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2019 – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Kurt Leitner sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa serta-merta. Kurt Leitner yang menyertai seorang lagi Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter akan menggantikan Florian Steiner yang telah dipindahkan ke Eropah untuk menggalas tanggungjawab baru selepas empat tahun berada di Malaysia. Leitner akan bertindak sebagai Pengarah Urusan di Malaysia dan Singapura.

Menyertai kumpulan Porsche Holding Salzburg sejak tahun 1988, Leitner sudah menjawat pelbagai jawatan pengurusan di dalam kumpulan tersebut. Antaranya ialah Pengarah Urusan di Porsche Romania selama empat tahun, Pengurus Besar di Porsche Chile dan PGA Ellada, selain Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Finance Group Romania.

“Saya sangat teruja untuk berada di rantau ini, hidup di Malaysia dan Singapura serta bekerja dengan orang yang datang dari budaya dan latar belakang berbeza. Ini akan menjadi satu bentuk perjalanan dan pengalaman belajar yang baru buat saya. Saya harap akan dapat memanfaatkan segalanya sepanjang berada di sini,” kata Leitner.

Leitner akan memberi fokus kepada aspek sumber manusia, teknologi maklumat dan kewangan. Sementara Winter akan terus memantau aspek jualan, selepas jualan, rangkaian pengedar dan operasi pemasaran VPCM.

Winter mengalu-alukan kehadiran Leitner dengan berkata, “Leitner merupakan lantikan terbaik kepada pasukan pengurusan kerana beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kewangan dan peruncitan automotif. Persekitaran automotif di Malaysia berkembang pantas dan saya percaya beliau akan dapat menyesuaikan diri.”

Dengan barisan produk akan datang yang menarik dan peningkatan selepas jualan agresif di bawah janji jenama Volkswagen Cares, kedua-dua orang Pengarah Urusan VPCM ini yakin bahawa jenama Volkswagen akan terus berkembang, biarpun di sebalik landskap automotif Malaysia yang begitu kompetitif.

Kurt Leitner, Managing Director of VPCM

 

Previous post

Rilek! Hanya Satu Kesilapan! Jangan Melenting!

Next post

Sedan Mewah Volkswagen Arteon Berharga Antara RM290k Hingga RM310k

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>