Berita Auto

Perodua Axia 2019 Kini Boleh Ditempah

Perodua mengumumkan bahawa tempahan bagi Perodua Axia 2019 telah dibuka. Hatchback segmen-A itu diperbaharui untuk menawarkan lebih nilai, lebih gaya serta ciri keselamatan yang lebih canggih.

Hyundai Tucson 2016 Best Used Cars for Teens

Enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – ditawarkan dengan harga tentatif RM24,090-RM43,190 (atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia).

20190822_091241

Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang disambung kepada transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan pada semua varian lain.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) Perodua, yang pertama muncul pada SUV tujuh-tempat duduk Aruz pada Januari lalu, kini memasuki model Axia menerusi varian AV, menjadikannya kenderaan dengan ciri yang sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Perodua Axia 2019 booking1

Selain itu, semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD).

Axia menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2014. Kini, kecekapan bahan api Axia dinilai pada tahap 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk STYLE.

Perodua Axia 2019 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

AXIA OFB FLYER BM B

PEMBETULAN: Perodua telah menemui beberapa kesalahan/ketidaktepatan di dalam brosur ‘teaser’ yang disiarkan pada 22 Ogos lalu.

1. Salah: sensor sudut depan pada semua varian kecual E dan G.
Betul: sensor sudut hanya terdapat pada varian SE dan V.

2. Salah: G tidak mempunyai cermin sisi elektrik.
Betul: G mempunyai cermin sisi elektrik (boleh dilaras secara elektrik tetapi tidak boleh dilipat).

3. Salah: varian GXtra, SE, AV dan Style mempunyai cermin sisi elektrik yang boleh ditarik balik secara automatik.
Betul: varian GXtra, SE, AV dan Style mempunyai cermin sisi elektrik yang tidak boleh ditarik balik secara automatik apabila enjin dimatikan. Pemandu perlu menekan butang untuk menarik balik cermin sisi.

Brosur di atas adalah versi yang telah dikemaskini oleh Perodua.

Previous post

Hyundai Tucson 2016 Terima Anugerah "Best Used Cars for Teens"

Next post

Rilek! Hanya Satu Kesilapan! Jangan Melenting!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *