Berita Auto

Hyundai Tucson 2016 Terima Anugerah “Best Used Cars for Teens”

Selain menamakan Hyundai Accent 2019 dan Hyundai Santa Fe 2019 sebagai Kereta Baru Terbaik Untuk Remaja (Best New Cars for Teens”, U.S. News & World Report turut memasukkan Hyundai Tucson 2016 dalam senarai Kereta Terpakai Terbaik Untuk Remaja (Best Used Cars for Teens).

Untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut, sesebuah kenderaan mesti dari model tahun 2014 hingga 2016, dan mempunyai gabungan terbaik aspek kebolehpercayaan dan penilaian keselamatan, kos pemilikan, reviu positif dari pengkritik semasa ia masih baru dan juga ciri keselamatan teknologi yang boleh membantu mencegah kemalangan.

Hyundai Tucson 2016 Best Used Cars for Teens

Hyundai Tucson 2016 menawarkan pilihan teknologi keselamatan canggih seperti Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Lane Departure Warning System, Blind Spot Detection, Rear Cross Traffic Alert, Lane Change Assist, Backup Warning dan kamera undur.

Semasa dilancarkan, ia merupakan satu-satunya model dalam kategori SUV kecil yang mempunyai rating bagus untuk pemandu dan penumpang dalam ujian perlanggaran yang dijalankan oleh Institut Insurans Untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS).

Previous post

Hyundai Accent 2019 Dipilih Sebagai "Best New Cars for Teens Under $20k"

Next post

Perodua Axia 2019 Kini Boleh Ditempah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *