Berita Auto

Hyundai Accent 2019 Dipilih Sebagai “Best New Cars for Teens Under $20k”

Tersenarai bersama Santa Fe bagi anugerah “Best New Cars for Teens” U.S. News & World Report adalah Hyundai Accent 2019.

Turut dinamakan sebagai Top Safety Pick oleh Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), Hyundai Accent baharu dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan canggih bagi tujuan memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang.

Hyundai Accent Best New Cars for Teens

Sebagai contoh, terdapat ciri Forward Collision-Avoidance Assist yang menggunakan radar hadapan untuk membantu mengesan kehadiran kenderaan lain dan memberi amaran kepada pemandu tentang perlanggaran yang mungkin berlaku.

U.S. News & World Report membuat penilaian berdasarkan kebolehpercayaan, markah ujian pelanggaran, ciri-ciri bantuan pemandu yang ditawarkan dan cadangan pengkritik terkenal dalam julat harganya. Kenderaan yang dinamakan sebagai salah satu Best New Cars for Teens mempunyai gabungan terbaik  aspek-aspek tersebut.

Previous post

Hyundai Santa Fe 2019 Terima Anugerah "Best News Cars for Teens $30k-$35k"

Next post

Hyundai Tucson 2016 Terima Anugerah "Best Used Cars for Teens"

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *