Gaya Hidup

Honda Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Astro Radio, Tealive dan Unifi

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan tiga jenama terkenal iaitu Astro Radio, Tealive dan Unifi sebagai sebahagian daripada kempen ‘Road to 900,000th Unit Milestone’.

Honda Malaysia

Kempen dengan tagline “Terima Kasih 900k” itu dilancarkan pada bulan lalu bersempena dengan pengeluaran kenderaan Honda ke-900,000 unit yang dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun ini.

Menerusi kempen tersebut, Honda Malaysia menawarkan peluang untuk memenangi sembilan model Honda iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord. Tiga daripadanya akan dihadiahkan menerusi peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan Unifi.

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata,”Kerjasama dengan jenama-jenama tempatan ini merupakan yang pertama bagi Honda Malaysia dan akan menawarkan lebih banyak nilai kepada rakyat Malaysia. Kami sangat teruja dengan kempen ini kerana ia memberi peluang untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka.”

Photo 1

Bagi menambah lagi keterujaan, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang pertama yang akan membawa pulang sebuah Honda Civic 1.5L Turbocharged. Pengumuman tersebut dibuat di sebuah wakil pengedar Honda di Kelantan iaitu Ban Chu Bee Sdn Bhd. Hadiah tersebut akan disampaikan kepada pemenangnya iaitu Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi di acara utama kempen ‘Road to 900,000th Unit Milestone’ yang akan diadakan pada penghujung September ini.

Dalam pada itu, masih terdapat lapan buah kereta Honda untuk dimenangi. Orang ramai digalakkan untuk turut serta dalam kempen ini yang diadakan di semua 90 wakil pengedar Honda di seluruh negara serta di siri jelajah ‘Road to 900,000th Unit Milestone’ yang akan bermula di Malaysia Timur dan seterusnya di seluruh negara dari Ogos hingga September 2019.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu mendaftar di laman web kempen di honda.com.my/microsite/900k atau di laman Facebook rasmi Honda Malaysia di https://www.facebook.com/hondamalaysia/.

Previous post

SUV Aston Martin DBX Sedang Diuji

Next post

Volkswagen T-Roc Cabriolet Untuk Golongan Mahukan Kelainan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *