Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M Dipertingkat Untuk Model 2020

Kejohanan World Superbike Championship (WSBK) di Laguna Seca pada hujung minggu lalu menyaksikan kemunculan motosikal Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M versi terkini . Untuk 2020, model-model Supersport itu menampilkan penambahbaikan pada enjin, ciri elektronik serta suspensi, selain reka bentuk badan yang lebih aerodinamik.

BHP Banner Beetle Bersara

Kedua-dua R1 dan R1M kekal dengan enjin ‘Crossplane’ empat silinder bersesaran 998 cc tetapi enjin tersebut kini dilengkapi dengan beberapa komponen yang diperbaharui seperti kepala silinder, penyuntik bahan api, rocker arm dan profil aci engkol untuk prestasi yang lebih memberangsangkan.

2020-Yamaha-YZF-R1-16

Selain itu, kehadiran sistem ‘ride-by-wire’ Accelerator Position Sensor with Grip (APSG) dengan Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) bermakna kabel pendikit tidak lagi perlukan dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan berat motosikal untuk prestasi pecutan yang lebih baik.

2020-Yamaha-YZF-R1-05

Dari segi pakej elektronik, ciri Inertial Measurement Unit (IMU) enam-paksi kini dibantu oleh teknologi Brake Control (BC) yang memberikan penunggang dua mod kawalan brek iaitu BC1 untuk jalan lurus atau BC2 untuk selekoh.

2020-Yamaha-YZF-R1M-19

Sistem Engine Brake Management (EBM) baharu pula membolehkan penunggang memilih antara tiga tahap brek enjin mengikut kesesuaian individu atau keadaan menunggang sama ada di atas jalan raya atau di litar lumba. Tetapan bagi BC dan EBM boleh diubahsuai menerusi ciri Yamaha Ride Control atau telefon pintar dan tablet.

2020-Yamaha-YZF-R1M-03

Untuk casis pula, sistem gantungan elektronik Öhlins yang sedia ada pada R1M kini dipertingkatkan lagi menerusi fork NPX dengan silinder gas terbina dalam dan tetapan baharu bagi peredam belakang. Sementara itu, R1 pula mendapat fork hadapan dan peredam belakang versi terbaru keluaran KYB untuk prestasi redaman yang lebih lancar,

2020-Yamaha-YZF-R1-23

Walaupun kelihatan sama seperti sebelum ini, badan R1 dan R1M sebenarnya telah diubahsuai dan ini meningkatkan kecekapan aerodinamik sebanyak 5.3%, di samping mengurangkan bunyi bising. Sebagai tambahan, R1M juga mendapat ‘ekor’ yang diperbuat daripada gentian karbon.

2020-Yamaha-YZF-R1M-09

Bagi pasaran Amerika Syarikat, R1M yang ditawarkan dalam bilangan terhad boleh didapati dalam skema warna Carbon Fibre dengan harga $26,099 (RM107,222), manakala R1 yang tersedia dalam warna Yamaha Blue dan Raven ditawarkan pada harga $17,300 (RM71,073).

2020-Yamaha-YZF-R1-02

2020-Yamaha-YZF-R1M-55

2020-Yamaha-YZF-R1M-08

2020-Yamaha-YZF-R1M-05

2020-Yamaha-YZF-R1M-20

Previous post

Acara 'Beetle, An Iconic Gathering' Berjaya Himpun 405 Beetle di Putrajaya

Next post

Proton R3 Pamer Dominasi di Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *