Berita Auto

Acara ‘Beetle, An Iconic Gathering’ Berjaya Himpun 405 Beetle di Putrajaya

Acara ‘Beetle, An Iconic Gathering’ yang dianjurkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia pada hujung minggu lalu menyaksikan sebanyak 405 buah Volkswagen Beetle berhimpun di Putrajaya.

BHP Banner Beetle Bersara

Sambutan bermula pada awal pagi dengan konvoi yang melibatkan sebanyak 138 buah kereta Beetle bergerak menerusi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Konvoi ini terdiri daripada pelbagai generasi Beetle yang telah diubahsuai mengikut citarasa pemilik masing-masing.

20190713-2

Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM merakamkan ucapan penghargaan kepada para pemilik Beetle yang sanggup datang jauh dari Perlis dan Johor Bahru semata-mata untuk berkumpul.

20190713-5

“Ia adalah satu saat yang emosional bagi kita semua untuk melihat barisan kereta Beetle berwarna-warni dan saya percaya semua yang hadir hari ini berkongsi sentimen ini,” kata beliau.

20190713-39

Daripada ratusan Beetle yang hadir pada hari itu, tiga unit yang menonjol milik Fairul Irwan, Raja Gopal dan Thavanesan A/L Selvaratnam telah dipilih untuk menerima anugerah ‘Best in Show’, manakala Beetle milik Siti Aishah Ismail yang mendapat undian paling tinggi dalam media sosial dinobatkan sebagai ‘Most Liked Car’.

20190713-36

Turut dipamerkan pada acara tersebut adalah Collector’s Edition Beetle yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ia didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan bernilai sehingga RM12,000 iaitu spoiler belakang, filem perhiasan, muncung ekzos krom, pedal sport aluminium, scuff plate, filem penapis haba VW dan lencana khas.

20190713-26

Ia ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 75 unit dengan harga bermula dari RM164,390. Setiap pemilik akan mendapat sijil pemilikan rasmi.

20190713-1

20190713-6

20190713-8

20190713-9

20190713-10

20190713-14

20190713-15

20190713-16

20190713-21

20190713-28

20190713-30

20190713-38

20190713-46

 

Previous post

Aston Martin Valkyrie Tunjuk Kehebatan di Silverstone

Next post

Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M Dipertingkat Untuk Model 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *