Sukan

Proton R3 Pamer Dominasi di Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS)

Pasukan PROTON R3 (R3) menguasai Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2019 di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lalu dengan merangkul dua kemenangan berharga termasuk mendapat podium 1-2-3 dalam perlumbaan kedua.

BHP Banner Beetle Bersara

Permulaan saingan tidak berpihak pada pasukan R3 kerana sesi kelayakan adalah tidak seperti yang dirancang. Jentera Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah layak di ‘pole position’ tetapi rakan sepasukannya Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang memandu Iriz dan James Veerapen dalam Saga hanya mendapat petak keempat dan kelima pada grid permulaan.

Photo 5 (1)

Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Mitchell terus menguasai saingan dan akhirnya beliau berjaya mengambil bendera untuk memberikan R3 satu lagi kemenangan kelas M-Pengeluaran dalam kejuaraan 2019. Bagaimanpun, nasib tidak menyebelahi dua lagi kereta R3 yang mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dan kelima.

Photo 4 (3)

Perlumbaan kedua yang diadakan pada hari Ahad menyaksikan ketiga-tiga jentera lumba R3 bermula mengikut kedudukan penamat perlumbaan pertama iaitu pada petak pertama, keempat dan kelima. Dominasi berterusan akhirnya membuahkan hasil buat pasukan R3 apabila Iriz yang dipandu oleh Fariqe dan Syafiq menamatkan perlumbaan sebagai juara, diikuti oleh Mitchell dengan Suprima S dan James dengan Saga.

From left - Mitchell Cheah, Syafiq Ali, Fariqe Hairuman, James Veerapen

Ia adalah kali pertama R3 menamatkan perlumbaan di kedudukan tiga teratas dan keputusannya meninggalkan Fariqe dan Syafiq hanya dua mata di belakang pemenang kejuaraan terkini untuk kelas M-Pengeluaran dalam Siri Kejuaraan Malaysia 2019.

Photo 2 (9)

“Format perlumbaan selama satu jam pada hujung minggu lalu adalah satu peluang yang sangat baik untuk kami bekerja menonjolkan prestasi dan ketahanan kereta Proton dan hasilnya menunjukkan kami berada di landasan yang betul untuk memenangi gelaran juara keseluruhan. Ini juga menunjukkan kereta kami akan menjadi sebuah kereta yang hebat pada Sepang 1000KM (S1K) tahun ini, jadi ia merupakan satu usaha yang hebat oleh semua yang terlibat,” kata Gary Lee, Pengetua Pasukan PROTON R3.

Proton Iriz

Photo 3 (6)

Proton Saga

Photo 7 (1)

Photo 8

 

Previous post

Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M Dipertingkat Untuk Model 2020

Next post

Pegangan Pasaran Ford Ranger Terus Kukuh Dengan Peningkatan 17.2 Peratus  

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *