Bisnes

Kereta Nasional Terakhir?

Dulu kita ada dua atau tiga program kereta nasional dan sekarang … tidak ada?

BHP Banner National Car 4?

Cuba fikirkan? Malaysia tidak akan ada kereta nasional lagi mulai Ogos 2019 ini. Kenapa?

Proton Saga 11

Jualan Proton Saga semasa adalah kereta nasional Malaysia yang terakhir dan apabila Geely melancarkan Proton Saga baharu yang disemak semula pada Ogos 2019 ini, ia tidak lagi menjadi kereta nasional dan ia akan mengesahkan Proton sebagai jenama kereta Malaysia dengan kejuruteraan Cina.

2019 Exora 13Kereta Kebangsaan Baharu 2Proton Persona 14

Baru-baru ini Proton Exora MPV, Proton Iriz dan Proton Persona 2019 yang disemak semula mempunyai 280-305 bahagian baharu dipasang oleh para jurutera di Geely dan ini menghilangkan … status kereta nasionalnya.Kereta Kebangsaan Baharu 7

Perodua macam mana? Fakta: Ini adalah syarikat yang dimiliki oleh Daihatsu dan Daihatsu dimiliki oleh Toyota dan mereka bekerja dengan Perodua untuk mereka bentuk dan menghasilkan kereta-kereta jualan terbaik seperti Alza, Axia dan Myvi yang berasal dari kilang mereka yang canggih di Rawang yang ada ramai jurutera dan kakitangan Jepun untuk memastikan pelaburan luar negara mereka terpelihara.

Kereta Kebangsaan Baharu 6

Perodua Myvi 12

Memandangkan keadaan sebegini rupa, patutkah Malaysia memulakan sebuah program kereta kebangsaan yang baharu? Kami rasa dan kami cadang … tidak.Kereta Kebangsaan Baharu 3

Tidak perlu, memandangkan isu-isu lama yang dilalui, faktor kos dan juga Malaysia tidak mempunyai populasi yang cukup untuk menyokong ‘usaha’ ini dan dengan Geely bersedia untuk melancarkan Proton MPV, Crossover, Sedan baharu dan mungkin juga sebuah Hot-Hatch baharu,  program kereta nasional baharu macam mana pun akan menempuh kesukaran yang amat sangat untuk bersaing dengan harga dan teknologi mereka.

Kereta Kebangsaan Baharu 4

Walaupun program kereta nasional yang akan datang adalah kenderaan elektrik / electrik vehicle (EV) penuh, Geely sudah ada EV penuh yang baru-baru ini dilancarkan di Singapura.Kereta Kebangsaan Baharu 10

Tambah lagi, terdapat pula BYD, jenama EV Cina yang baru sahaja melancarkan e6 EV mereka di Singapura.Kereta Kebangsaan Baharu 9

Kedua-dua jenama EV ini boleh ‘bermain’ perang harga dan terus mengatasi mana-mana startup baharu di negara yang mempunyai jumlah penduduk yang kecil. Kan?Kereta Kebangsaan Baharu 8

Previous post

Raja-Raja 'AP' Dikekalkan

Next post

Toyota Buka Pusat 2S di Klang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *