Berita Auto

Toyota Buka Pusat 2S di Klang

UMW Toyota Motor telah merasmikan pembukaan pusat 2S Toyota baharu di Klang, Selangor. Dioperasikan oleh PS Otombil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd, fasiliti ini menawarkan perkhidmatan selepas jualan kepada pemilik Toyota di sekitar Pandamaran, Bukit Tinggi dan Bandar Botanik.

BHP Banner National Car 4?

PS Otombil (Bukit Tinggi) telah menjadi pengedar sah Toyota sejak 2015 dengan sebuah outlet jualan yang terletak di Bukit Tinggi, Klang. Sejajar dengan jualan yang semakin berkembang, syarikat itu mengambil keputusan untuk membuat pelaburan di dalam sebuah pusat 2S demi meningkatkan kualiti perkhidmatannya.

Pusat servis ini mempunyai 19 ruang dengan barisan kakitangan terlatih, selain dilengkapi dengan kelengkapan diagnostik dan alatan khas untuk kenderaan Toyota.

_DSC0325

Sementara menunggu kereta siap diselenggara, pelanggan boleh berehat di ruang yang disediakan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Pusat 2S PS Otomobil (Bukit Tinggi) Sdn Bhd terletak di PT 7429 Jalan Kim Chuan, Pandamaran, 4200 Klang, Selangor. Untuk pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 03-3323 9398 (Jualan) atau 03-3385 2381 / 010-396 0468 (Servis).

_DSC0326

 

Previous post

Kereta Nasional Terakhir?

Next post

Kewangan Jaguar Land Rover Tidak Berapa Sihat Buat Masa Sekarang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *