Kemalangan / Rosak / Recall

Kanak-kanak Tanpa Tali Keledar Menempa Maut Bila Kemalangan!

Tali pinggang keledar menyelamatkan nyawa. FAKTA! Pasangan tua dalam pickap ini memakai tali pinggang keledar mereka, tetapi kanak-kanak atas riba tidak memakai tali pinggang keledar.

BHP Banner Tali Keledar

Sekiranya brek mengejut atau terlanggar sedikit, penumpang depan tidak boleh memegang kanak-kanak itu dan akan melambung ke cermin depan. Kalau cermin itu tak pecah, kepalanya sudah pasti retak.child-no-seatbelt-2Undang-undang mewajibkan semua penumpang kenderaan memakai tali pinggang keledar yang sesuai. Memakai tali pinggang keledar mengurangkan risiko kematian dalam kemalangan kenderaan bermotor sehingga 45%. Memakai tali pinggang keledar menghalang 99% penghuni dari terhumban keluar kenderaan dalam kemalangan.

 Petua Keselamatan Penumpang:

  • Sentiasa pakai tali pinggang keledar, walaupun ketika perjalanan dekat.
  • Kencangkan tali riba dan bahu bersilang pinggul. Jangan letakkan tali bahu di bawah lengan atau menyilang muka dan/atau leher.
  • Periksa tali pinggang keledar berkala untuk memastikan ianya berfungsi dengan betul.

Petua Keselamatan Kanak-Kanak:

  • Patikan anak anda terikat dengan betul untuk mengurangkan risiko kematian dan kecederaan. Bertanggungjawab, kancingkan anak-anak anda.

child-no-seatbelt-3

Amalkan petua keselamatan berikut untuk setiap perjalanan:

  • Selalu kancingkan anak-anak anda, walaupun untuk perjalanan dekat.
  • Gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau kerusi booster yang dipasang dengan betul.
  • Pilih kerusi kereta berdasarkan umur dan saiz anak anda.
  • Jangan bergerak dengan anak anda di pangkuan anda.
  • Berkongsi tali pinggang keledar dengan kanak-kanak adalah berbahaya.
  • Bayi atau anak kecil tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan di dalam kereta.
  • Kanak-kanak yang menggunakan tali pinggang keledar hendaklah duduk di kerusi kenderaan belakang dengan lutut lentur dengan selesa di pinggir kerusi.

child-no-seatbelt-4

Previous post

Hypercar Lotus EVIJA Disahkan Untuk 2020

Next post

Trafik Di Kuala Lumpur Semakin Teruk Kerana Double Parking!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *