Hibrid & Elektrik

Hypercar Lotus EVIJA Disahkan Untuk 2020

Produksi akan dimulakan pada tahun 2020. Lotus EVIJA ini akan menjadi hypercar EV British pertama dunia. Ini akan menjadi pelancaran model utama Lotus yang pertama di bawah pengawasan Geely yang merupakan kumpulan automotif yang paling pesat berkembang di dunia.BHP Banner Lotus Evija

Kebangkitan Lotus di bawah Geely memberikan jenama ikonik ini nyawa baharu dan sasaranya tuan punya adalah jenama supercar Itali dan Jerman yang telah lama menguasai segmen itu.

Disebut ‘ev-eye-a’ yang bermaksud ‘yang pertama wujud’ atau ‘yang hidup’. Ia sangat sesuai; Lotus mempunyai reputasi yang tidak dapat dipertikaikan untuk pendekatan perintisnya di kedua-dua automotif dan motorsport. The Evija – sebagai hypercar elektrik pertama dari pembuat kereta British – meneruskan kisah inovasi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Cars Phil Popham berkata: “Evija adalah nama yang sempurna untuk kereta baru kami kerana ia merupakan hypercar pertama dari Lotus, tawaran elektrik pertama kami dan merupakan model baru pertama di bawah pengawasan Geely. Evija adalah Lotus lain dari yang lain, namun Lotus sejati dalam semua segi. Ia akan menghidupkan semula jenama kami di peringkat automotif global dan membuka jalan bagi model berwawasan yang akan datang. ”

Jadi enjin apakah yang akan menguasai hypercar ini? Pada masa yang lalu Lotus sentiasa bergantung kepada rakan enjin seperti Toyota. Sekarang di bawah Geely kemungkinan besar hypercar Lotus baru ini akan menggunakan powertrain eletrik dari Polestar (yang merupakan sebahagian daripada Geely).Polestar-1

Supercar Polestar dilengkapi dengan dua motor eletrik dan pek bateri dengan kapasiti 78 kWh, yang sepatutnya cukup untuk menyediakan jarak kira-kira 500 km. Kereta ini dibina di atas platform CMA dan ia mempunyai kuasa tinggi 408 hp dengan tork 660Nm. Ia boleh memecut dari 0-100 km / j dalam masa kurang daripada 5 saat. Pakej prestasi juga boleh didapati dengan brek Brembo dan roda 20 inci.

Jadi, jika Lotus Evija  berenjin eletrik seperti di atas, anda boleh mengharapkan angka prestasi yang sangat menarik dengan kemungkinan pecutan 0-100 km / j dalam masa kurang dari 3.2 saat dengan badannya yang ringan menjana kelajuan dan tork tertinggi untuk menyamai saingan Itali mereka.Evija-2

 

Previous post

Kereta Panjat Tiang Elektrik. Macam Mana Boleh Terjadi?

Next post

Kanak-kanak Tanpa Tali Keledar Menempa Maut Bila Kemalangan!

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *