Berita Auto

30 Graduan Tamat Latihan Advanced Modern Apprenticeship Programme

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) meraikan 30 graduan yang telah dilantik menjadi juruteknik bertauliah global menerusi Advanced Modern Apprenticeship Programme.

BHP Banner Jualan Renault Captor

Kelas 2019 ini mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang MBM dalam menyediakan latihan dan peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan menerusi akademi latihan mereka. Lebih 850 perantis telah lulus sejak program ini dilaksanakan di negara ini.

Kesemua graduan menerima tiga sikil yang berbeza iaitu Mercedes-Benz Automotive Mechatronic Training Certificate, Mercedes-Benz Qualified Maintenance Technician Certificate dan National Dual Training System Certificate.

Photo 2 (7)

National Dual Training System Certificate adalah bersamaan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Program perantis ini mendedahkan pelatih kepada pelbagai jenis kemahiran termasuk persembahan, analisa, membuat keputusan, pemikiran strategik, mentoring, disiplin diri dan yang paling penting, kemahiran kerja berpasukan.

Selain itu, para pelatih turut dinilai dengan ketat dan disahkan oleh piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Daimler AG di Jerman. Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka, akademi latihan Mercedes-Benz mengekalkan nisbah seorang pengajar kepada 15 pelatih bagi memastikan kualiti modul sentiasa terjaga.

 

Previous post

Honda Malaysia Jual 44,200 Unit Kenderaan Dalam Separuh Pertama 2019

Next post

Mercedes-AMG A 45 dan CLA 45 Tampil Dengan Enjin Turbo 4 Silinder Paling Berkuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *