Cerita Auto

Mercedes-AMG A 45 dan CLA 45 Tampil Dengan Enjin Turbo 4 Silinder Paling Berkuasa

Acara Goodwood Festival of Speed 2019 yang membuka tirainya pada minggu ini menyaksikan kemunculan dua model kompak berprestasti tinggi daripada Mercedes-AMG iaitu A 45 dan CLA 45.

BHP Banner Jualan Renault Captor

Tidak seperti model “45” generasi sebelum ini, AMG kini menawarkan versi “S” yang mempunyai lebih kuasa dan pelbagai kelengkapan tambahan.

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (2)

Dari segi penampilan, kedua-dua model tampil lebih garang berbanding versi 35 yang diperkenalkan pada awal tahun ini dengan jeriji Panamericana dan lubang ambilan udara yang lebih besar. Versi standard didatangkan dengan rim 18 inci dengan angkup brek berwarna kelabu manakala versi S mendapat rim 19 inci dengan angkup brek merah.

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019 (1)

Di belakang, A 45 dan CLA 45 boleh dikenali pasti menerusi dua muncung ekzos masing-masing berukuran diameter 82 mm manakala A 45 S dan CLA 45 S mempunyai empat muncung ekzos berukuran 90 mm dengan tulisan AMG.

mercedes-amg-a-45-4matic-2019 (3)

Highlight utama kedua-dua model ini adalah enjinnya yang dikatakan sebagai enjin turbo empat silinder siri produksi yang paling berkuasa di dunia. Seperti sebelum ini, ia dipasang menggunakan tangan dengan prinsip ‘One Man, One Engine’.

mercedes-amg-a-45-4matic-2019 (1)

Dikenali dengan kod M139, enjin tersebut menghamburkan 387 hp dan 480 Nm bagi versi standard, serta 421 hp dan 500 Nm bagi versi S. Ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic+ dengan ciri AMG Torque Control.

mercedes-amg-a-45-4matic-2019 (2)

Dari segi prestasi, A 45 dan CLA 45 masing-masing memerlukan 4.0 dan 4.1 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, manakala A 45 S dan CLA 45 S masing-masing melakukannya dalam 3.9 dan 4.0 saat. Kelajuan maksimum dihadkan pada 250 km/j bagi versi standard dan 270 km/j bagi versi S.

mercedes-amg-cla-45-4matic-2019

Selain itu, model-model 45 ini mempunyai mod pemanduan Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Individual serta Race (standard bagi versi S, pilihan bagi versi standard). Mod-mod yang dinyatakan ini bertindak menala beberapa aspek jentera seperti enjin, transmisi, AMG Dynamics, ekzos serta casis.

mercedes-amg-a-45-4matic-2019 (4)

Untuk melakukan aksi drift seperti yang ditunjukkan dalam video teaser sebelum ini, pemandu perlu mengaktifkan mod Race, mematikan ciri ESP serta menukar mod transmisi daripada automatik kepada manual.

 

Previous post

30 Graduan Tamat Latihan Advanced Modern Apprenticeship Programme

Next post

Jaguar Land Rover Akan Melabur Berjuta Dalam Kilang Kereta Eletrik Di UK

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *