Bisnes

Honda Malaysia Jual 44,200 Unit Kenderaan Dalam Separuh Pertama 2019

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa ia telah mencatat jualan melebihi 44,200 unit bagi separuh pertama 2019, dengan Mei merekodkan jualan tertinggi iaitu 10,500 unit.

BHP Banner Jualan Renault Captor

Berdasarkan keputusan ini, syarikat itu mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi separuh pertama 2019 dengan pegangan 15.3%.

02 Honda SENSING is now available in Honda models across board from SUV (CR-V) to sedan (New Accord) and premium MPV (New Odyssey)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Separuh pertama 2019 sangat mencabar tetapi memberi dorongan kepada kami. Jualan Civic mencapai 130,000 unit manakala Jazz yang ke-100,000 telah diserahkan kepada pelanggan.”

Menurut Honda Malaysia, City merupakan penyumbang terbesar dengan 34% daripada jumlah jualan keseluruhan, diikuti dengan HR-V dengan 20% dan CR-V dengan 14%.

03 The BR-V is now sportier and sleeker with the new additions to its exterior

Serentak dengan pengumuman ini, Honda Malaysia melancarkan kempen Tech Frontier Rewards yang merupakan satu inisiatif untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Honda yang membeli model yang dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD.

Kempen ini menawarkan Honda Bonus, Tech Month Bonus dan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM5,000. Kempen ini berjalan dari 1 Julai hingga 30 September 2019 dan terbuka kepada semua model kecuali Civic Type R.

Previous post

1.2 Juta Renault CAPTUR Dijual Sejak Pelancaran 2013nya

Next post

30 Graduan Tamat Latihan Advanced Modern Apprenticeship Programme

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *