Berita Auto

Pengeluaran Toyota di Malaysia Cecah 50 Tahun

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) meraikan ulang tahun ke-50 pengeluaran di Malaysia dalam sebuah majlis khas di kilang pengeluaran terbarunya (ASSB 2) yang terletak di Bukit Raja, Klang, Selangor.

BHP Banner Puspakom Runner

Majlis tersebut dihadiri oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir adalah YAB Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, Tatsuro Ueda, Ketua Pegawai Eksekutif Rantau China & Asia, Toyota Motor Corporation Japan, pegawai kerajaan negeri dan persekutan, wakil Toyota Motor Corporation, rakan niaga dan barisan pengurusan.

toyota 50 years

Dalam ucapannya, Pengerusi UMWT Tan Sri Dato’ Sri Hamid Kama Piah bin Che Othman meluahkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan persekutuan di atas kerjasama yang diberikan selama ini.

Menyentuh tentang pelaburan terbaru bernilai kira-kira RM2 bilion dalam pembangunan kilang pengeluaran terbaru itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah berkata langkah itu telah membawa masuk teknologi pemasangan yang canggih dan terkini, automasi tahap tinggi, rekaan inovatif sambil mempromosikan kecekapan tenaga di Malaysia.

Assembly-Shop-02

“Dalam masa yang sama, kami tidak melupakan tentang alam sekitar dan keselamatan. Kilang baharu kami dibangunkan sebagai kilang ‘Society Caring’ yang kurang bising dan beroperasi dengan pelbagai initiatif tenaga yang boleh diperbaharui serta jejak karbon yang rendah,” jelas beliau.

Dengan teknologi canggih ini, UMWT menekankan pembangunan modal insan untuk menghasilkan lebih banyak pekerja tempatan yang berkemahiran tinggi serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

IMG_8947

Sebagai simbolik sambutan ulangtahun ke-50 ini, UMWT menyampaikan sebuah Toyota Yaris kepada Selangor Youth Community (SAY) untuk digunakan dalam program-program yang melibatkan anak muda. Kereta tersebut disampaikan kepada DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang mewakili SAY Community. Turut dipamerkan adalah model pertama Toyota yang dikeluarkan di Malaysia iaitu Toyota Coralla KE10.

Sejarah pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia:

1968 – Kilang Champion Motor di Shah Alam mulakan operasi pemasangan tempatan (CKD). Model pertama yang dipasang adalah Toyota Corolla KE10.

1975 – Champion Motor dinamakan sebagai Assembly Services Sdn Bhd

1982 – Sejati Motor ditubuhkan menerusi usaha sama antara Toyota Motor Corporation, Toyota Tsusho Corporation dan United Motor Works (UMW)

1990 – Pengeluaran mencapai 300,000 unit

1996 – Modenisasi kilang ASSB

2000 – Pengeluaran mencapai 500,000 unit

2005 – Kenderaan Pelbagai Guna Antarabangsa (International Multi-purpose Vehicle, IMV) generasi pertama diperkenalkan

2011 – Pengeluar mencecah 1 juta unit. Camry mencapai jumlah pengeluaran tertinggi iaitu 83,000 unit

2013 – Toyota Vios generasi ketiga diperkenalkan

2015 – Toyota Camry Hybrid diperkenalkan

2016 – IMV generasi kedua diperkenalkan. Pembinaan kilang Bukit Raja bermula

2019 – Pengeluaran Toyota Vios bermula di ASSB Bukit Raja. Vios dan Yaris baharu diperkenalkan

 

 

Previous post

Sesi TT VW Beetle Terbesar Di Malaysia

Next post

Toyota C-HR - Jualan Lebih Yang Dijangka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *