Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Sesi TT VW Beetle Terbesar Di Malaysia

Volkswagen Malaysia sedang menganjurkan Beetle, An Iconic Gathering.

BHP Banner - VW Beetle TT

Acara yang mengalu-alukan pemilik Beetle dari semua lapisan masyarakat dalam perayaan klasik kultus, akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Istana Kehakiman di Putrajaya pada 13 Julai 2019 ini. VW-Beetle-TT 2Volkswagen akan cuba memecahkan rekod Perhimpunan Beetle Terbesar Malaysia dan menyeru kepada semua pemilik Beetle klasik dan semasa untuk bersama-sama turut serta dalam usaha ini.VW-Beetle-TT 3Perayaan itu akan bermula dengan konvoi 150 buah Beetle Sunshine Tour yang akan di flag-off di tengah-tengah Kuala Lumpur. Konvoi ini akan melalui jalan-jalan Segitiga Emas sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya di mana ia akan menyertai kereta Beetle yang lain di tempat letak kereta Palace of Justice.VW-Beetle-TT 4Beetle: An Iconic Gathering dibuka kepada semua pemilik Beetle di Malaysia dan peserta yang berminat boleh mendaftar kereta mereka di laman web Volkswagen di https://bit.ly/2X2poH7. Penyertaan adalah percuma, dan butiran acara disediakan semasa pendaftaran dalam talian. Semua peserta juga akan menerima sijil penyertaan dari Volkswagen.VW-Beetle-TT 5Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, Beetle dianggap ramai sebagai ikon automotif yang ori. Ia telah menikmati lebih daripada 80 tahun kejayaan dengan lebih daripada 21.5 juta unit dijual di seluruh dunia.

[TT- Teh Tarik – Perhimpunan]VW-Beetle-TT 6

Previous post

Honda Malaysia Buka Pusat 3S di Bintulu

Next post

Pengeluaran Toyota di Malaysia Cecah 50 Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *