Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Isuzu Serah 61 Unit Trak Tugas Ringan Kepada TNB

Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah menyerahkan sebanyak 61 unit trak tugas ringan Isuzu ELF NPR75UKHW (Crew Cab) kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). Diperoleh melalui syarikat pengedar Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM), trak-trak tersebut disampaikan pada satu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di Glenmarie Golf & Country Club.

BHP Banner Oliver Blume

Perolehan terkini ini selaras dengan pelan perkembangan flit trak sokongan TNB. Trak-trak ini dijangka akan digunakan untuk kerja-kerja sokongan luar, dan telah disesuaikan mengikut keperluan TNB supaya servis perkhidmatan dapat dijalankan dengan lancar dan lebih efisien.

Kesemua trak yang diperoleh telah dilengkapi dengan badan trak ‘Roller Shutter’, dan ruang kabin berkembar yang mampu memuatkan sehingga lima penumpang dewasa dengan selesa.

Tambahan pula, enjin Heavy Duty Common Rail 4HK1-TC memastikan prestasi pemanduan sentiasa hebat, selain penjimatan minyak dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya operasi harian TNB dapat berjalan dengan lancar.

TNB 3

Sewaktu majlis berlangsung, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, sempat merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak TNB di atas kepercayaan dan sokongan yang padu terhadap Isuzu Malaysia sebagai rakan pengangkutan yang diyakini.

Nakamura percaya bahawa trak Isuzu dapat membantu TNB mencapai objektif untuk memenuhi keperluan elektrik pengguna seluruh negara dengan pantas dan tepat pada masanya.

Sebelum majlis penyerahan berlangsung, sesi latihan telah diadakan untuk para pekerja dan pemandu TNB, yang merangkumi pelbagai topik seperti teori produk, penyelenggaraan asas kenderaan dan pemeriksaan pra-penghantaran.

 

Previous post

BMW Motorrad Night Fuel Malaysia ke-6 Akan Diadakan Pada 22 Jun Ini

Next post

Mercedes AMG A-Class Sekarang Akan Mendapat Versi 421bhp

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *