Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Night Fuel Malaysia ke-6 Akan Diadakan Pada 22 Jun Ini

BMW Motorrad Malaysia akan mengadakan perhimpunan besar-besaran BMW Motorrad Night Fuel Malaysia Edisi Keenam di pangkalan udara lama TUDM yang terletak di Sungai Besi pada Sabtu, 22 Jun 2019.

Sejajar dengan tema ‘Make Life a Ride’, acara tersebut mengumpulkan penggemar-penggemar motosikal premium dari seluruh negara, dan ia terbuka kepada semua pemilik BMW Motorrad.

Ia juga akan menghoskan pelbagai aktiviti menarik seperti hidangan makanan yang lazat, alunan muzik tempatan, sesi ramah mesra serta cabutan bertuah dengan sebuah jentera BMW Motorrad GS sebagai hadiah utama. BMW Motorrad Malaysia juga dikatakan akan memperkenalkan model-model baharu pada acara tersebut.

BHP Banner Oliver Blume

Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan-persembahan menarik daripada kumpulan artis yang berbakat seperti TC Buskers, Arjuna Band serta persembahan istimewa daripada seorang lagenda Rock Malaysia.

Tiket penyertaan acara BMW Night Fuel Event Malaysia 2019 boleh didapati pada harga RM90 melalui pendaftaran dalam talian bermula hari ini hingga Isnin, 17 Jun 2019 dan RM 110.00 melalui pendaftaran ‘walk-in’ di acara tersebut.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman Facebook rasmi BMW Motorrad Malaysia atau dengan memanggil talian BMW VOICE di 1800-88-3000.

Previous post

Selamat Ulangtahun Ke 51 Kepada Oliver Blume

Next post

Isuzu Serah 61 Unit Trak Tugas Ringan Kepada TNB

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *