Motosikal / Lain Lain Roda

BMW Motorrad Vision DC Roadster Kekalkan Tradisi Boxer

Enjin boxer telah menjadi sebahagian besar daripada BMW Motorrad sejak 90 tahun lalu. Namun dengan arus elektrifikasi yang semakin menghampiri, dapatkah pengeluar motosikal dari Jerman itu terus mengekalkan tradisinya pada masa hadapan?

BHP Banner Toyota C-HR

Untuk meneroka kemungkinan itu, BMW telah memperkenalkan sebuah motosikal konsep yang dikenali sebagai Vision DC Roadster pada acara Next Gen yang berlangsung di Munich.

bmw-vision-dc-roadster-concept

Menurut Edgar Heinrich, ketua pereka BMW Motorrad, model konsep ini menunjukkan bahawa BMW boleh mengekalkan identiti dan penampilan ikonik motosikalnya dan pada masa yang memberikan keseronokan menunggang yang segar.

bmw-vision-dc-roadster-concept (3)

Apa yang dimaksudkan oleh Heinrich adalah Vision DC Roadster kelihatan tidak ubah seperti model boxer BMW sedia ada dengan pek bateri yang diposisikan secara menegak dan elemen penyejuk yang menonjol pada bahagian sisi. Sementara itu, sebuah motor elektrik berbentuk silinder diletakkan di bawah bateri dan disambungkan terus kepada universal shaft.

bmw-vision-dc-roadster-concept (4)

Vision DC Roadster menggunakan rangka aluminium dan juga komponen-komponen gentian karbon bagi tujuan mengurangkan berat. Struktur tiub yang terletak di bahagian atas bateri menghasilkan bentuk seakan-akan tangki bahan api, manakala pelana terapung memberikan imej yang moden dan futuristik.

bmw-vision-dc-roadster-concept (2)

Kelengkapan standard lain termasuklah lampu LED, fork Duolever dan tayar Metzeler yang direka khas. Ciri geometri yang inovatif pada model konsep ini pula ditonjolkan oleh perincian berwarna merah pada bahagian bateri, rangka dan sistem penyejukan.

bmw-vision-dc-roadster-concept (5)

Dengan Vision DC Roadster, BMW turut memperkenalkan rangkaian kelengkapan menunggang yang mempunyai ciri-ciri moden seperti pelindung yang tersembunyi dan ciri ketersambungan digital. Terdapat juga beg rucksack yang boleh dilekatkan pada jaket dengan menggunakan magnet.

Previous post

Toyota C-HR - Jualan Lebih Yang Dijangka

Next post

Audi SQ8 TDI Pertaruh Kuasa Enjin Diesel V8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *