Berita Auto

Audi SQ8 TDI Pertaruh Kuasa Enjin Diesel V8

Segmen SUV berprestasi tinggi yang semakin popular di kalangan pengeluar kereta mewah bakal menjadi lebih sengit dengan kehadiran pesaing terbaru iaitu Audi SQ8 TDI.

BHP Banner Toyota C-HR

Seperti SQ7 yang diperkenalkan sebelum ini, SQ8 dikuasakan oleh enjin diesel twin-turbo TDI berkapasiti 4.0-liter V8 yang menghamburkan 429 hp dan 900 Nm dari seawal 1,000 rpm. Enjin itu dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48V yang membolehkan ia dipandu secara elektrik pada kelajuan sehingga 23 km/j.

audi-sq8-tdi-2019 (6)

Dari segi prestasi, gabungan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda Quattro membolehkan SUV coupe ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.8 saat dan seterusnya memecut sehingga 249 km/j.

audi-sq8-tdi-2019 (4)

Penampilan SQ8 tidak jauh berbeza dengan Q8 namun ia mempunyai perwatakan yang lebih agresif dengan komponen-komponen ‘S’ seperti kemasan perak matte pada bingkai jeriji, cermin sisi dan bampar, ekzos quad, diffuser serta rim standard berukuran 21 inci.

audi-sq8-tdi-2019 (5)

Di dalam, SQ8 tampil mewah dengan upholsteri kulit Valcona, kemasan Alcantara dan perincian aluminium. Turut disertakan adalah kemasan aluminium pada ambang pintu, logo ‘S’ pada tempat duduk dan pedal sport untuk pemanduan yang lebih agresif.

audi-sq8-tdi-2019

Kelengkapan standard yang ada pada model ini termasuklah sistem gantungan udara adaptif dengan jarak pergerakan sehingga 3.5 inci. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan pakej pengendalian yang merangkumi Active Roll Stabilization, sistem kawalan empat roda (four-wheel steering) dan differential sport yang ditugaskan untuk membahagikan kuasa kilas di antara tayar belakang.

Previous post

BMW Motorrad Vision DC Roadster Kekalkan Tradisi Boxer

Next post

Sama Seperti Insuran Penerbangan, Anda Kini Boleh Membeli Insuran Memandu Minggu Ke Minggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *