Berita Auto

BMW Group Malaysia Lancar Tapak Reserve + Shell Recharge di Sunway Pyramid

BMW Group Malaysia telah melancarkan tapak pengecasan ‘Reserve + Shell Recharge’ di Sunway Pyramid, menerusi usaha sama dengan ParkEasy, Shell Malaysia dan Sunway Group. Pelancaran ini merupakan satu bentuk ikhtiar berterusan BMW Group Malaysia untuk terus memacu tawaran e-mobiliti di negara ini.

BHP Banner Double Line

Menerusi aplikasi ParkEasy, pengguna kenderaan elektrik (EV) atau PHEV boleh membuat tempahan tapak Reserve + Shell Recharge sehingga 60 minit lebih awal, lantas memastikan ruang parkir dan akses pengecasan sentiasa tersedia untuk digunakan.

BMW 04

Dikuasakan oleh Fasiliti Pengecasan BMW i, pengguna dapat mengecas kenderaan mereka secara percuma, dan kredit ParkEasy mereka hanya akan ditolak untuk tujuan tempahan yang dibuat serta tempoh ruang parkir tersebut digunakan.

10 tapak pengecasan akan dibangunkan di tiga kawasan premis milik Sunway Group, dengan lima daripadanya terletak di Sunway Pyramid, tiga di Sunway Pinnacle dan dua lagi di Sunway Velocity.

BMW 05

Untuk pemilik kenderaan BMW (PHEV), mereka akan menikmati tawaran istimewa di tapak Reserve + Shell Recharge yang merangkumi pek e-permulaan bagi pemilik baharu, serta kad e-hadiah buat pemilik sedia ada.

Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan tersebut juga boleh menggunakan kod promo BMWMY untuk menebus lima kredit ParkEasy untuk digunakan di tapak Reserve + Shell Recharge. Ia terhad kepada 2,000 pengguna terawal dan akan luput pada 31 Julai 2019.

Cara menggunakan aplikasi ParkEasy? Mudah sahaja.

New Reserve + Shell Recharge Bays (2)

 

Previous post

Proton Sambut Lawatan Menteri Dari China Ke Kilang Tanjung Malim

Next post

Renault Koleos Diberikan Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *