Berita Auto

Renault Koleos Diberikan Facelift

Apa yang anda sedang lihat ini adalah Renault Koleos versi facelift yang didatangkan dengan rekaan lebih segar serta pelbagai pembaharuan dari segi enjin dan kelengkapan.

BHP Banner Double Line

Walaupun kelihatan sama sahaja seperti versi sebelum ini, Koleos facelift mempunyai rekaan jeriji yang lebih prominen, apron bawah yang direka semula serta skid plate yang lebih besar pada bampar hadapan dan belakang. Rim ditawarkan dalam saiz 18 dan 19 inci bergantung kepada varian yang dipilih. Turut ditawarkan adalah warna baharu Vintage Red.

2019-renault-koleos (1)

Bahagian dalaman pula menampilkan rekaan tempat duduk yang lebih selesa dengan ciri sokongan lumbar, pemanas dan urut bagi kerusi pemandu, manakal kerusi belakang pula kini boleh dilaraskan dalam dua posisi. Kemasan satin krom pada stereng, tombol gear dan corong udara, serta busa pada papan pemuka dan pintu membuatkan SUV ini tampil lebih mewah.

2019-renault-koleos (2)

Sistem infotainmen R-Link 2 turut dipertingkatkan dan kini didatangkan dengan skrin menegak berukuran 8.7 inci atau 7 inci dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto dan fungsi arahan suara.

2019-renault-koleos (3)

Dari segi pilihan enjin, Koleos kini ditawarkan dengan enjin diesel 1.8 Blue dCi 150 dengan 150 PS dan 340 Nm, dan enjin diesel 2.0 Blue dCi 190 dengan 190 PS dan 380 Nm. Kedua-duanya dihubungkan dengan CVT X-Tronic dengan pacuan roda hadapan untuk versi 1.8 dan pacuan All Mode 4X4-i untuk 2.0.

2019-renault-koleos

Aspek keselamatan terdiri daripada sistem bantuan pemandu (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Warning (BSW), Traffic Sign Recognition (TSR), Automatic High/Low Beam Headlights (AHL), Easy Park Assist (EPA), Adaptive Cruise Control (ACC), Tiredness Detection Warning (TDW), dan Active Emergency Braking System dengan sistem pengesanan pejalan kaki.

 

Previous post

BMW Group Malaysia Lancar Tapak Reserve + Shell Recharge di Sunway Pyramid

Next post

Datsun Tidak Akan Kembali Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *