Bisnes

Proton Sambut Lawatan Menteri Dari China Ke Kilang Tanjung Malim

Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Yang Berhormat Encik Miao Wei, tiba di kilang Tanjung Malim Proton hari ini sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Malaysia. Mengiringi beliau ialah YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan dari kedua-dua negara.

BHP Banner Porsche Spyder

Lawatan tersebut telah dihoskan oleh Dato’ Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton bersama Encik Li Shufu, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group. Turut hadir ialah Dato’ Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRB-HICOM, serta Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan barisan pengurusan kanan Proton.

Signing Ceremony

Ketika lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai perancangan perniagaan semasa dan masa depan Proton sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co. Ltd, China.

Syarikat usaha sama yang baharu ini akan memberi manfaat kepada Proton dalam pelbagai cara terutamanya bidang teknologi digital dan sistem sambungan kereta. Penggunaan ciri-ciri ini dalam bidang sambungan kereta kini menjadi trend antarabangsa dan dijangka menjadi salah satu pemacu utama jualan automotif pada masa depan.

Group photo of Guest and PROTON staff

Proton juga sempat menjalankan pengeluaran percubaan bagi Proton X70 versi CKD di kilang pemasangan baharunya yang bernilai RM1.2 bilion. Semakan akhir, cat dan pemasangan masih dalam proses untuk disiapkan sepenuhnya. Walaupun masih baru, para jurutera dan pekerja pengeluaran Proton boleh menjalankan ujian atau percubaan secara semi automatik untuk mendapatkan pengalaman dalam memasang SUV pertama syarikat itu.

Menurut Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Proton berhasrat untuk memulakan pemasangan X70 di Tanjung Malim pada separuh kedua tahun ini. “Ini akan menjadi pencapaian yang luar biasa kerana dalam masa kurang dari dua tahun sejak perjanjian antara DRB-HICOM dan Geely ditandatangani, Syarikat telah mencapai kejayaan penting dalam usaha bersama kami untuk mengembalikan Proton ke kedudukannya yang semakin terkenal,”

Previous post

Posmen Dilanggar Pesalah Double Line

Next post

BMW Group Malaysia Lancar Tapak Reserve + Shell Recharge di Sunway Pyramid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *