Cerita Auto

VOTY 2019 SUV Mewah Porsche Cayenne

Ini merupakan segmen yang paling sukar untuk diadili kerana lambakan model-model hebat yang ditawarkan oleh pengeluar-pengeluar mewah. Namun, Porsche Cayenne generasi ketiga ini dipilih menjadi pemenang kerana ia menonjol dari segala aspek.

IMG_6931

Model baharu ini menampilkan enjin 3.0-liter V6 yang dilengkapi dengan sebuah pengecas turbo, menggantikan enjin NA 3.6-liter V6 yang digunakan pada model terdahulu. Walaupun tidak sekuat enjin dwi-turbo 2.9-liter V6 milik Cayenne S, ia masih mampu menggerakkan SUV ini dengan semangat yang sama seperti sebuah kereta sport.

IMG_6992

Pakej keseluruhan yang ditawarkan juga membuatkan Cayenne tampil lebih bergaya berbanding pesaing-pesaingnya yang lain. Ini boleh dilihat dengan jelas pada bahagian dalaman, di mana upholsteri kulit berwarna merah dan paparan digital pada konsol tengah melahirkan suasana glamor yang tidak dapat disaingi oleh SUV mewah lain dalam pasaran.

Enjin: Turbo V6, petrol
Kapasiti: 2,995 cc
Kuasa: 340 PS @ 5,300-6,400 rpm
Tork: 450 Nm @ 1,340-5,300 rpm
Transmisi: automatik 8 kelajuan Tiptronic S
0-100 km/j: 5.9 saat
Kelajuan maksimum: 245 km/j
Harga: RM795,000

BHP Banner Proton X70

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari dsf.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan memenangi kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2019 Crossover Mewah Volvo XC40

Next post

VOTY 2019 SUV 7 Tempat Duduk Peugeot 5008

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *